Manmohan Singh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Manmohan Singh
Remove ads

Dr. Manmohan Singh (Bahasa Panjabi: ਮਨਮੋਹਨ ਸਿੰਘ, Devanagari: मनमोहन सिंह, 26 September 1932 - 26 Disember 2024) Perdana Menteri Republik India yang ke-17. Beliau juga pernah berkhidmat selaku Menteri Kewangan Kesatuan India.[1] Beliau juga merupakan Gabenor Bank Rizab India dari tahun 1982 hingga 1985, lalu memegang jawatan Menteri Kewangan India mulai tahun 1991 hingga 1996 dalam kerajaan pimpinan Narsimha Rao. Manmohan Singh ialah seorang ahli parti Kongres Kebangsaan India yang mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri India pada 22 Mei 2004, menjadikan beliau penganut agama Sikh pertama yang menyandang jawatan tersebut, dan juga Perdana Menteri pertama yang mentadbir dari dewan negara iaitu Rajya Sabha. Di pilihan raya umum 2009, beliau melakar sejarah selaku Perdana Menteri pertama yang kembali berkuasa untuk penggal kedua setelah melengkapkan penggal lima tahun, semenjak Jawaharlal Nehru.

Thumb
Manmohan Singh bertemu Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak, 8 Julai 2008
Thumb
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada Manmohan Singh di Kuala Lumpur, 28 Oktober 2010
Fakta Segera Presiden, Didahului oleh ...
Remove ads

Sebagai seorang pakar ekonomi, Manmohan Singh pernah berkhidmat di pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ketika menjadi Menteri Kewangan, beliau dikenali kerana melaksanakan pembaharuan ekonomi di India pada tahun 1991 yang menandakan berakhirnya sistem "Licence Raj" yang digeruni ramai.[2]

Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads