Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ialah salah satu set darjah kebesaran negara di Malaysia. Ia anugerah kebesaran keempat tertinggi dalam senarai darjah kebesaran persekutuan Malaysia.[perlu rujukan]

Fakta Segera Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jenis ...

Ia dikeluarkan mengikut penetapan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Watikah penganugerahan ditandatangani oleh pendaftar darjah dan menteri darjah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan, sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.[3]

Darjah ini mempunyai tiga pangkat.[4]

Remove ads

Senarai

Pangkat Pertama - Seri Setia Mahkota

Seri Setia Mahkota (S.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada negara dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tun' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Toh Puan'.[5]

Pangkat Kedua - Panglima Setia Mahkota

Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Puan Sri'.[5]

Pangkat Ketiga - Johan Setia Mahkota

Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada negara. Penerima tidak membawa sebarang gelaran.[5]

Remove ads

Isu dan perkembangan

Menteri Darjah

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam telah dilantik sebagai menteri darjah bagi darjah ini. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk berkhidmat bermula 13 September 2024 dan akan berkhidmat selama tiga tahun, sehingga 12 September 2027.[6]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads