Darjah kebesaran negeri Sarawak
rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada mereka yang telah memberikan jasa kepada negeri Sarawak, dan masyarakat keseluruhannya. Upacara Penganugerahan tersebut selalunya diadakan di Astana Negeri (Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak).[1]
Sejarah
Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 1928, iaitu ketika Sarawak berada di bawah pemerintahan Rajah Brooke. Darjah Kebesaran yang paling tinggi pada ketika itu adalah 'The Most Excellent Order of The Star of Sarawak'. Namun kesemua status darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dilucutkan taraf apabila Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946. Hanya pada tahun 1963, iaitu kemerdekaan Sarawak melalui penubuhan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak yang baru memperkenalkan semula darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri.
Remove ads
Senarai
Kumpulan I : Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
- Pangkat Pertama Satria Bintang Sarawak (SBS) - (Yang Mulia Pehin Sri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Pehin Sri lelaki / wanita)
- Pangkat Kedua Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - (Yang Mulia Dato Sri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato Sri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Sri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Sri isteri)
- Pangkat Ketiga Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) - (Yang Mulia Dato untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Keempat Johan Bintang Sarawak (JBS)
- Pangkat kelima Pegawai Bintang Sarawak (PBS)
- Pangkat keenam Ahli Bintang Sarawak (ABS)
- Pangkat ketujuh Bentara Bintang Sarawak (BBS)
Kumpulan II : Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak
- Pangkat Pertama Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) - (Yang Mulia Datuk Patinggi untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk Patinggi lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Patinggi untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Patinggi isteri)
- Pangkat Kedua Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) - (Yang Mulia Datuk Amar untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk Amar lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Amar untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Amar isteri)
- Pangkat Ketiga Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) - (Yang Mulia Datuk untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Keempat Johan Bintang Kenyalang (JBK)
- Pangkat kelima Pegawai Bintang Kenyalang (PBK)
- Pangkat keenam Ahli Bintang Kenyalang (ABK)
Kumpulan III : Darjah Jasa Bakti Sarawak
- Pangkat Pertama Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) - (Yang Mulia Datu / Datin Paduka untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datu lelaki / Datin Paduka wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
Kumpulan IV : Pingat Pentadbiran Awam
- Pangkat Pertama Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC)
- Pangkat Kedua Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)
- Pangkat Ketiga Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB)
- Pangkat Keempat Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT)
Kumpulan V : Pingat Perwira Negeri
- Pangkat Pertama Pingat Perwira Negeri Emas (PPN I)
- Pangkat Kedua Pingat Perwira Negeri Perak (PPN II)
- Pangkat Ketiga Pingat Perwira Negeri Gangsa (PPN III)
Remove ads
Pingat lain
- Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.) - Dianugerahkan kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan tugas dengan setia dan penuh dedikasi selama 20 tahun ke atas. Penganugerahan Pingat ini kebiasaannya disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, dengan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Pingat Bakti Jubli Perak (1988) - Dianugerahkan bersempena Ulangtahun Jubli Perak Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-25 pada tahun 1988.
- Pingat Peringatan Delima (2003) - Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Delima Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-40 pada tahun 2003.
- Pingat Peringatan Jubli Emas (2013) - Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Emas Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-50 pada 2013. Pingat tersebut dibahagikan kepada 4 kategori,iaitu:-
- Pengasas Pejuang Kemerdekaan (PPK)
- Pingat Cemerlang Jubli Emas (PCE)
- Pingat Bakti Jubli Emas (PBE)
- Pingat Terpuji Jubli Emas (PTE)
Susunan keutamaan
Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Sarawak[2]
- Satria Bintang Sarawak (SBS) -- Pehin Sri lelaki / wanita
- Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) --Datuk Patinggi lelaki / wanita
- Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) -- Datuk Amar lelaki / wanita
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) -- Dato Sri lelaki / wanita
- Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) -- Datuk lelaki / wanita
- Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) -- Datu lelaki / Datin Paduka wanita
- Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) -- Dato lelaki / wanita
- Johan Bintang Sarawak (JBS)
- Johan Bintang Kenyalang (JBK)
- Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC)
- Pingat Perwira Negeri Emas (PPN I)
- Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (PPC)
- Pegawai Bintang Sarawak (PBS)
- Pegawai Bintang Kenyalang (PBK)
- Pingat Perwira Negeri Perak (PPN II)
- Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (PPB)
- Ahli Bintang Sarawak (ABS)
- Ahli Bintang Kenyalang (ABK)
- Pingat Perwira Negeri Gangsa (PPN III)
- Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (PPT)
- Bentara Bintang Sarawak (BBS)
- Jaksa Pendamai (JP)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads