Datu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads
Remove ads

Datu atau datto ialah gelaran untuk ketua sesuatu puak atau raja di Filipina sebelum ia dijajah oleh Sepanyol. Gelaran ini masih digunakan oleh keturunan mereka di Filipina.

Perkataan datu pertama kali muncul dalam manuskrip Batu Bersurat Telaga Batu di Palembang pada baris ke-11 terdapat kata kedatuan yang ditafsirkan sama dengan kedaton atau keraton di Jawa yang bermakna sama dengan istana raja, jadi kedatuan sama dengan wilayah datu sehingga datu maknanya sama dengan Raja,[1]. Selanjutnya kata datu ini berubah penuturan menjadi "datuk", suatu gelaran yang masih digunakan di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Bahkan, datu, datuk dan ratu ini dilihat sekembar akar Melayu-Polinesia *Datuʔ.[2]:31

Remove ads

Datu dalam masyarakat Muslim Filipina

Dalam struktur masyarakat silam Muslim Filipina, sultan merupakan kedudukan yang tertinggi, diikuti oleh datu. Kebesaran seorang datu diukur dari jumlah pengikutnya. In return for tribute and labor, the datu provided aid in emergencies and advocacy in disputes with other communities, through the agamat. Peranan datu adalah penting dalam masyarakat Muslim Filipina. Pada zaman silam, mereka mengetuai serbuan ke kampung-kampung yang lain bagi membalas dendam (dipanggil martabat) bagi kematian salah satu pengikutnya atau jika kehormatannya dicelar. Pada masa kini, datu masih berperanan sebagai ketua masyarakat Islam di Mindanao dan mentadbirkan hukum Sharia. Sokongan daripada datu adalah penting untuk menjalankan program-program kerajaan pada masa kini di dalam masyarakat Islam di sana.

Remove ads

Datu dalam masyarakat Kristian Filipina semasa penjajahan Sepanyol

Apabila Filipina dikristiankan, ramai datu-datu yang ikut sama. Datu-datu ini diberikan hak untuk memerintah kawasan-kawasan mereka di bawah naungan Kerajaan Sepanyol menurut undang-undang yang dimeterai oleh Raja Philip II. [3] Raja Philip II juga menitah bahawa datu-datu ini harus diberikan penghormatan yang sama seperti sebelum mereka menjadi penganut Kristian. Datu-datu yang telah dikristiankan ini menjadi institusi memerintah yang elit dan eksklusif yang dipanggil Principalia, di perbandaran-perbandaran Filipina Sepanyol.

Mitos kedatangan 10 orang datu dari Borneo diraikan setiap tahun di Perayaan Binirayan di Pulau Panay, yang pada zaman silam dikenali sebagai "Aninipay".

Remove ads

Senarai Daru-datu di Filipina

Datu-datu pra-Sepanyol Mindanao

Cebu
  • Datu Daya - Raja Daanbantayan, Cebu
Panay
  • Datu Dinagandan - Raja pertama Aklan, sekitar tahun 1200
  • Kalantiao - Raja Aklan pada 1399
  • Datu Paiburong - Raja Iloilo
  • Datu Padojinog - Memerintah Daerah Visayas bersama isterinya Ribongsapaw.
  • Datu-datu dalam epik Maragtas
    • Irong-irong
    • Kalantiaw III /Rajah Bendahara Kalantiaw - Merumuskan Kanun Kalantiaw pada 1433 (legenda).
    • Datu Puti - Salah satu dari 10 datu-datu dari Borneo yang tiba di Iloilo sebelum zaman penjajahan Sepanyol. (legenda tetapi mungkin berlandaskan fakta)

Datu-datu semasa penjajahan Sepanyol

  • Rajah Colambu - Ketua puak Limasawa pada tahun 1521, saudara kepada Rajah Siagu dari Butuan . Beliau bertemu dengan Ferdinand Magellan dan memandunya ke Cebu pada 7 April 7, 1521.
  • Rajah Humabon - Raja Cebu yang bersekutu dengan Ferdinand Magellan dan menjadi musuh Lapu-Lapu. Pada tahun 1521, beliau dan isterinya telah dibaptiskan dan menukar nama mereka kepada Carlos dan Juana.
  • Sultan Kudarat - Kesultanan Maguindanao.
  • Rajah Lakandula - Raja Tondo, salah satu pemerintah yang terakhir Maynilad.
  • Lapu-Lapu - Raja Pulau Mactan. Beliau mengalahkan Ferdinand Magellan pada 27 April, 1521 dan dianggap wira kebangsaan Filipina yang pertama.
  • Datu Sikatuna - Raja Bohol pada 1565.
  • Rajah Suliman (juga Rajah Sulayman) - Salah satu raja terakhir Maynilad.
  • Rajah Tupas - Datu terakhir Cebu.

Lain-lain Datu

  • Datu-datu Sulu
  • Datu Macabulos [pautan mati kekal] - Memerintah bandar Lubao, Pampanga sekitar tahun 1571.
  • Datu Pax S. Mangudadato - Datu dan Gabernor wilayah Sultan Kudarat (2001-2004)
  • Rajah Siagu - Ketua suku Manobo pada 1521.
  • Urduja - Raja wanita di Pangasinan. (Legenda)
  • Sultan Hajji Datu Amir bin Muhammad Baraguir, Sultan ke-25 Kesultanan Maguindanao

Rujukan

Loading content...

Lihat juga

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads