Dedap

genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia

Dedap
Remove ads

Dedap atau dadap ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan Erythrina[4][5]:280 keluarga Fabaceae.[2] Ia mengandungi sekitar 130 spesies yang bertaburan di rantau tropika dan subtropika di seluruh dunia.

Fakta Segera Dedap Dadap, Pengelasan saintifik ...
Thumb
Erythrina flabelliformis - MHNT

Pokok dedap menumbuhkan jambak-jambak bunga yang besar, setiap jambak mempunyai kuntum bunga yang berkelopak panjang dan berwarna merah atau jingga.[6]

Remove ads

Peristilahan

Nama dedap dan dadap (Jawi: ‏ددڤ) diturunkan daripada kata akar bahasa Proto-Austronesia *dapdap₁.[7]

Taksonomi

Nama genus Erythrina diberikan daripada kata bahasa Yunani ερυθρóς erythros yang bermaksud "merah" daripada warna bunga beberapa spesies pokok dedap.[8]

Botani

Sekuntum bunga dedap terdiri daripada selembar kelopak atas panjang dan melipat ke dalam seperti seludang kelapa, dan dua kelopak bawah yang kecil dan membalut sulur-sulurnya.[9]

Spesies terpilih

Thumb
Erythrina abyssinica berbunga, Funchal (Madeira)
Thumb
Perbungaan Erythrina speciosa, Brazil
Thumb
Anak daun Erythrina zeyheri
Thumb
Erythrina ×sykesii berbunga, Auckland, New Zealand
Thumb
Babak spesies Erythrina 'Croftby', Australia
  • Erythrina abyssinica Lam. ex DC. (Afrika Timur)
  • Erythrina acanthocarpa
  • Erythrina americana Mill. (Mexico)
  • Erythrina ankaranensis Du Puy & Labat (Madagaskar)
  • Erythrina atitlanensis Krukoff & Barneby
  • Erythrina berteroana Urb.
  • Erythrina burana Chiov. (Ethiopia)
  • Erythrina caffra Thunb. – dedap pantai (tenggara Afrika)
  • Erythrina corallodendron L. (Hispaniola, Jamaica)
  • Erythrina coralloides D.C. – dedap nyala (Arizona di Amerika Syarikat, Mexico)
  • Erythrina crista-galli L. – dedap merah, ceibo, bucaré (Argentina, Uruguay, Brazil, Paraguay)
  • Erythrina decora Harms
  • Erythrina edulis Micheli (Andes)
  • Erythrina eggersii Krukoff & Moldenke (Kepulauan Virgin Amerika Syarikat, Puerto Rico)
  • Erythrina elenae Howard & Briggs (Cuba)
  • Erythrina euodiphylla Hassk. ex Backh. (Indonesia)
  • Erythrina falcata Benth. – dedap Brazil (Brazil)
  • Erythrina flabelliformis Kearney
  • Erythrina fusca Lour. – dedap duri, cengkering (pantropika)
  • Erythrina haerdii Verdc. (Tanzania)
  • Erythrina hazomboay Du Puy & Labat (Madagascar)
  • Erythrina herbacea L. (Tenggara Amerika Syarikat, timur laut Mexico)
  • Erythrina humeana Spreng. – dedap Natal, dedap kerdil (Afrika Selatan)
  • Erythrina lanceolata Standl.
  • Erythrina latissima E.Mey.
  • Erythrina lysistemon Hutch. – dedap biasa (Afrika Selatan)
  • Erythrina madagascariensis Du Puy & Labat (Madagaskar)
  • Erythrina megistophylla (Ecuador)
  • Erythrina mexicana (Mexico)
  • Erythrina mulungu Diels Mart. (Brazil)
  • Erythrina orophila Ghesq.
  • Erythrina perrieri R.Viguier (Madagaskar)
  • Erythrina poeppigiana (Walp.) O.F.Cook
  • Erythrina polychaeta Harms (Ecuador)
  • Erythrina resupinata Roxb (India dan Nepal)
  • Erythrina rubrinervia Kunth
  • Erythrina sacleuxii Hua (Kenya, Tanzania)
  • Erythrina sandwicensis O.Deg. (Hawaii)
  • Erythrina schimpffii Diels (Ecuador)
  • Erythrina schliebenii Harms – dedap Tasik Latumba (dikatakan pupus sejak 1938, namun beberapa individu, yang dipercayai kurang daripada lima puluh batang, kini ditemukan kembali di saki-baki hutan di tapak berbatu di Tanzania pesisir (dilaporkan dalam akhbar UK Guardian 23 Mac 2012, daripada laporan dalam Journal of East African Natural History.)
  • Erythrina senegalensis DC.
  • Erythrina speciosa Andrews (Brazil)
  • Erythrina stricta Roxb.mandara (Asia Tenggara)
  • Erythrina suberosa Roxb.
  • Erythrina subumbrans Miq. – dedap batik
  • Erythrina tahitensis Nadeaud (Tahiti)
  • Erythrina tholloniana Hua (Afrika tropika barat-tengah)
  • Erythrina tuxtlana Krukoff & Barneby (Mexico)
  • Erythrina variegata L. – dedap serap, roluos tree (Kemboja), deigo (Okinawa), drala (Fiji), madar (Bangladesh), man da ra ba (Tibet), thong lang (Thailand), vông nem (Vietnam)
  • Erythrina velutina Willd. (Karibia, Amerika Selatan, Kepulauan Galápagos)
  • Erythrina vespertilio Benth. – dedap sayap kelawar, "bean tree" (Australia)
  • Erythrina zeyheri Harv.ploughbreaker

Kacukan hortikultur:

  • Erythrina ×bidwillii Lindl.
  • Erythrina ×sykesii Barneby & Krukoff

Ditempatkan di sini sebelum ini

  • Butea monosperma (Lam.) Taub. (sebagai E. monosperma Lam.)
  • Piscidia piscipula (L.) Sarg (sebagai E. piscipula L.)[10]
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads