Ekzema
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ekzema atau dermatitis ("keradangan kulit") ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Remove ads
Jenis
Beberapa jenis ekzema yang lazim ialah:
- Dermatitis atopik ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alahan dan boleh diwarisi. Selain itu, tekanan kehidupan juga boleh menyebabkan dermatitis ini.[1] Pesakit dermatitis atopik juga lazim mengalami asma dan rinitis alahan.[2]
- Dermatitis sentuhan yang boleh berlaku akibat pendedahan terhadap bahan merengsa serta alahan, malah boleh berlaku akibat pendedahan terhadap sinaran ultraungu (fitofotodermatitis).
- Dermatitis seborea yang lazim berkait dengan bahagian kulit kepala. Simptom-simptom dermatitis ini termasuklah kulit merah, gatal dan mengalami keradangan.[3][4]
Selain itu, ekzema juga boleh dikelaskan mengikut kawasan kulit yang mengalami ekzema seperti ekzema tangan dan ekzema telinga.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads