Dick Cheney

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dick Cheney
Remove ads

Richard Bruce Cheney (lahir 30 Januari 1941; Jawi: ريچرد بروس چيني) merupakan seorang usahawan dan ahli politik yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-46 ketika pentadbiran presiden George W. Bush. Seringkali dianggap sebagai Naib Presiden paling berkuasa dalam sejarah Amerika, beliau menamatkan jawatan beliau sebagai naib presiden yang paling kurang popular dalam politik Amerika Syarikat.[1] Beliau kini merupakan naib presiden tertua yang masih hidup, berikutan kematian Walter Mondale.

Fakta Segera Naib Presiden Amerika Syarikat ke-46, Presiden ...

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai pelatih untuk anggota Kongres William A. Steiger, kemudiannya berkhidmat di Rumah Putih semasa pemerintahan presiden Nixon dan Ford. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf Rumah Putih dari tahun 1975 hingga 1977. Pada tahun 1978, beliau terpilih ke Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, dan mewakili daerah kongres besar Wyoming dari tahun 1979 hingga 1989, juga menjawat sebagai ketua pengelola minoriti Dewan pada tahun 1989. Beliau terpilih sebagai Setiausaha Pertahanan semasa kepresidenan George H. W. Bush, dan memegang jawatan tersebut selama sebagian besar penggal pentadbiran Bush dari tahun 1989 hingga 1993. Selama berada di sana, beliau mengawasi Operasi Desert Storm pada tahun 1991. Semasa pentabiran Clinton, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Halliburton dari tahun 1995 hingga 2000.

Beliau pernah belajar di Universiti Yale namun gagal untuk lulus. Gelaran sarjana dan master dalam bidang sains politik yang diperolehinya dari Universiti Wyoming, masing-masing pada tahun 1965 dan 1966.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads