Domagoj Vida

Footballer From Wikipedia, the free encyclopedia

Domagoj Vida
Remove ads

Domagoj Vida (lahir 29 April 1989) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk Beşiktaş dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Kerjaya kelab

Bayer Leverkusen

Pada 29 April 2010, beliau telah menandatangani kelab Bayer 04 Leverkusen dari Jerman. Dalam musim pertamanya di Leverkusen, beliau banyak bermain dalam aksi Liga Europa. Beliau membuat debut Bundesliga pada 5 Mac 2013 menentang Wolfsburg, beliau memasuki padang pada minit ke-14 menggantikan pemain Manuel Friedrich yang mengalami kecederaan, Leverkusen menang 3-0.

Dinamo Zagreb

Pada 14 Jun 2011, Vida dilaporkan sertai kelab Dinamo Zagreb dengan bayaran tertutup. Pada 25 Julai 2012, Vida menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-98 membenam kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad dalam saingan Liga Juara-Juara untuk membantu kelabnya menang 3-2 dan layak ke pusinga seterusnya.

Dynamo Kiev

Pada 2 Januari 2013, Vida menandatangani kelab Ukraine, Dynamo Kiev selama lima tahun dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €6 juta.

Pada 14 Februari, Vida membuat debut untuk Dynamo Kiev dalam perlawanan Liga Europa menentang Bordeaux, keputusan berkesudahan seri 1–1. Pada 3 Mac, Vida membuat debut Liga Perdana Ukraine menentang Kryvbas. Pada 17 Mac, Vida menjaringkan gol pertamanya untuk Dynamo Kiev ketika awal perlawanan menentang Vorskla selepas menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil oleh Andriy Yarmolenko. Gol itu merupakan gol tunggal Dynamo untuk menang ke atas Vorskla.

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Thumb
Vida bersama Croatia pada 2013.

Pada 23 Mei 2010, beliau membuat debut penuh untuk Croatia menentang Wales, beliau menggantikan Darijo Srna pada minit ke-75, Croatia menang 2-0. Beliau termasuk dalam skuad Croatia yang beraksi di UEFA Euro 2012. Pada 10 September 2013, Vida menjaringkan gol pertamanya untuk Croatia pada minit ke-65 menentang Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan.

Gol antarabangsa

Maklumat lanjut #, Tarikh ...
Remove ads

Statistik kerjaya

Kelab

Maklumat lanjut Pasukan, Musim ...

Penghargaan

Kelab

Dinamo Zagreb

  • Prva HNL: 2011–12
  • Piala Croatia: 2011–12

Dynamo Kiev

  • Piala Ukrainie: 2013-14

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads