Dwidewan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sistem dwidewan (Jawi: دويديوان) ialah sejenis badan perundangan yang terdiri dari dua dewan majlis perundingan yang berbeza di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri. Sistem dwidewan berbeza daripada sistem ekdewan, di mana semua anggota berunding dan mengundi sebagai kumpulan yang tersendiri. Setakat 2022[kemas kini], kira-kira 40% daripada badan perundangan negara-negara ialah dwidewan, sementara sistem ekdewan mewakili 60% di peringkat negara dan banyak di peringkat subnegara.[1]
Selalunya, anggota di kedua-dua dewan dipilih atau dilantik mengikut kaedah yang berbeza, di mana berubah dari bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Ini selalunya boleh membawa kepada kedua-dua dewan mempunyai komposisi anggota yang berbeza.
Penggubalan undang-undang utama biasanya memerlukan majoriti sejajar — penerimaan majoriti anggota di setiap dewan undangan. Apapbila ini berlaku, badan perundangan ini dipanggil sebagai contoh kepada sistem dwidewan sempurna. Bagaimanapun, dalam kebanyakan sistem berparlimen dan separa presiden, dewan yang dipertanggungjawabkan kepada badan eksekutif (seperti Dewan Rakyat United Kingdom dan Dewan Undangan Negara Perancis) boleh membantah dewan satu lagi (seperti Dewan Pertuanan United Kingdom dan Dewan Senat Perancis) dan boleh menjadi contoh bagi sistem dwidewan sumbing. Sesetengah badan perundangan bersandarkan di antara kedua-dua kedudukan tersebut, dengan satu dewan boleh membantah rang undang-undang dewan lain hanya mengikut keadaan tertentu.
Remove ads
Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia
Berikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilan representative atau common. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnya Thailand. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.
Remove ads
Lihat juga
- Sistem persekutuan
- Senarai dewan tinggi yang telah dimansuhkan
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads