EA-6 Prowler
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
EA-6B Prowler merupakan sebuah pesawat peperangan elektronik, enjin berkembar yang dikeluarkan oleh Grumman (kini Northrop Grumman) sebagai satu pesawat ubahsuai daripada kerangka asas A-6 Intruder. EA-6A merupakan versi peperangan elektronik terawal terbitan daripada pesawat A-6 yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat. Pembangunan pesawat EA-6B yang lebih canggih telah bermula pada tahun 1966. Krew EA-6B terdiri daripada seorang juruterbang dan tiga orang Pegawai Tindak Balas ELektonik, walaubagaimanapun biasanya hanya 2 orang pegawai tindak balas elektronik yang digunakan dalam sesebuah misi. EA-6 juga boleh membawa dan menembak peluru berpandu anti radar seperti AGM-88 HARM.
Prowler digunakan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat bermula pada tahun 1971 sehingga 2019. Ia melakukan pelbagai misi untuk menyesakan sistem radar musuh, dan mengumpulkan perisikan radio ke atas sistem pertahanan udara musuh. Sejak pembersaraan penggunaan pesawat peperangan elektronik, EF-111 Raven oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1998, EA-6B merupakan satu-satunya pesawat peperangan elektronik khas yang masih tinggal dalam armada Tentera Laut A.S, Kor Marin A.S dan Tentera Udara A.S sehingga kemasukkan pesawat EA-18G Growler ke dalam Tentera Laut A.S pada tahun 2009. Ia kali terakhir telah diaturgerak pada akhir tahun 2014, sebelum EA-6B ditarik keluar dari perkhidmatan Tentera Laut A.S pada bulan Jun 2015, diikuti oleh Kor Marin A.S pada bulan Mac 2019.
Remove ads
Spesifikasi (EA-6B)



Data dari US Navy Fact File,[2] UA Navy history page[3]
Ciri umum
- Anak kapal: 4 (seorang juruterbang, tiga pegawai peperangan elektronik)
- Panjang: 59 kaki 10 in (17.7 m)
- Rentang sayap: 53 kaki (15.9 m)
- Tinggi: 16 kaki 8 in (4.9 m)
- Sayap luas: 528.9 kaki² (49.1 m²)
- Berat kosong: 31,160 lb (15,130 kg)
- Berat berlepas maksimum: 61,500 lb (27,900 kg)
- Loji kuasa: 2× Pratt & Whitney J52-P408A turbin jet, 10,400 lbf (46 kN) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 566 knot (651 bsj, 1,050 km/j)
- Kelajuan sederhana: 418 knot (481 bsj, 774 km/j)
- Jarak: 2,022 batu (tangki disimpan) / 2,400 batu (tangki digugurkan)[perlu rujukan] (3,254 km / 3,861 km)
- Lelangit khidmat 37,600 kaki (11,500 m)
- Kadar kenaikan: 12,900 kaki/min (65 m/s)
- Beban sayap: 116 lb/kaki² (560 kg/m²)
- Tujahan/berat: 0.34
Persenjataan
- Sehingga 4x peluru berpandu anti radar AGM-88 HARM
- Sehingga 5x pod luaran Sistem Penyesak Taktikal ALQ-99
- Sehingga 5x tangki minyak jatuhan berkapasiti 300 gelen
Avionik
- ALQ-99 penerima di dalam pesawat, ALQ-99 sistem penyesak yang dipasang pada pod
- USQ-113 sistem penyesak komunikasi
Remove ads
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads