Electronic Arts
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008.[3] Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads