Emping oat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Emping oat dihasilkan daripada bijian oat yang telah dibuang sekamnya dan dikukus, sebelum digulung menjadi kepingan rata di bawah pencanai berat dan dibakar ringan.
Emping oat yang dijual untuk dibuat bubur biasanya telah dikeluarkan brannya yang keras. Empingan ini sering tapi tidak selalunya, dibakar ringan, dimasak dalam tekanan tinggi atau "diproses" dalam beberapa cara yang tersendiri. Emping oat tebal lebih besar kepingannya daripada emping oat nipis yang cenderung berpecah-pecah. Emping oat yang dihasilkan terus daripada bijian penuh tanpa proses selanjutnya boleh dimasak menjadi bubur dan dimakan (oat "lama") tetapi empingan oat yang lebih berpecah-pecah dan diproses menyerap air dengan lebih mudah, seterusnya masak lebih cepat menjadi bubur, kadangkalanya dipanggil oat "cepat" atau "segera". Emping oat merupakan bahan utama granola dan muesli.
Emping oat boleh diproses menjadi serbuk kasar yang menjadi tebal sup apabila dimasak. Serbuk oatmela yang lebih halus oatmeal sering digunakan sebagai makanan bayi.
Remove ads
Pemprosesan
Oat seperti bijirin yang lainnya mempunyai sekam luar yang keras dan tidak boleh dimakan. Sekam ini harus dikeluarkan sebelum isinya boleh dimakan. Selepas sekamnya telah dikeluarkan dari bijian, hanya selaput bran yang tinggal pada bijian oat. Lapisan bran ini, meskipun berkhasiat, menjadikan biji-bijian oat sukar untuk dikunyah serta mengandungi enzim yang dapat menyebabkan bijian menjadi tengik. Oleh sebab itu, oat mentah sering dikukus dengan stim untuk melembutkannya agar ia masak lebih cepat masa (menghasilkan "oat segera" moden) serta menyahaslikan enzim yang terkandung untuk menambahkan jangka hayat oat tersebut.[1]
Remove ads
Penyediaan
Emping oat boleh dimakan terus tanpa perlu dipanaskan atau dimasak lagi: oat direndam selama 1-6 jam dalam cecair seperti air atau jus buah-buahan. Masa yang diambil untuk merendam oat ini bergantung pada bentuk, saiz dan teknik, pemprosesan bagi menjimatkan masa dan tenaga yang dihabiskan di atas pemanas serta memelihara rasa dan khasiatnya yang barangkalinya musnah apabila dimasak.[2][3]
Secara tradisional, oat bubur adalah bijian penuh yang boleh digunakan sebagai bijirin sarapan. Empingan oat boleh dimasak untuk membuat bubur.[4] Ia turut digunakan untuk membuat granola, muesli, kek oat dan penkek.
Remove ads
Nutrisi
Bijian oat penuh merupakan sumber tiamina, zat besi, dan serat yang sangat baik. Bijian ini juga satu-satunya sumber avenantramida, sejenis sebatian antioksidan yang dipercayai mempunyai ciri-ciri membantu melindungi sistem peredaran darah dari pada penyakit arteriosklerosis. Produk oat juga mengandungi beta-glukan yang boleh membantu penghidap diabetes jenis kedua mengawal gula darah mereka[perlu rujukan] dan boleh juga membantu merangsang sistem imun untuk melawan bakteria.[perlu rujukan]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads