Emylia Rosnaida
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid (lahir 21 September 1976) ialah seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada pelakon, Emelda Rosmila dan isteri kepada Dato' AC Mizal.[1]
Remove ads
Kehidupan awal
Emylia Rosnaida dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada ibu bapanya, Rokiah Ibrahim dan Abdul Hamid Md. Ally serta berdarah kacukan Melayu-Pakistan.[2] Adiknya ialah Emelda Rosmila, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya
Emylia memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[3][4] Selepas menamatkan kerjayanya di MAS, beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai artis dengan mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 1994/1995 (yang turut disertai oleh Rozita Che Wan), namun beliau menarik diri di pusingan akhir. Selain itu, Emylia juga pernah menyertai Miss Malaysia Tourism 1994 dan berjaya memenangi tempat pertama yang melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa Miss Tourism International 1994. Pada akhir pertandingan tersebut beliau telah mendapat tempat kedua kepada perwakilan dari Australia, Michelle Leigh Holmes.
Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem Cinta Metropolitan (1996) yang dibintangi oleh kumpulan KRU. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Azlin.[5]
Selain itu, beliau dan suaminya, AC Mizal menubuhkan Emac Vision mengkhususkan kepada penerbitan filem dan televisyen dengan kerjasama Datuk Jamaluddin Ahmad yang berkhidmat sebagai pengerusi.[6]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan bekas ahli kumpulan 4U2C, AC Mizal pada 10 Oktober 2002.[7][8] Beliau dikurniakan dua anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa. Selepas perkahwinannya dengan AC, beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya seninya dan sejak itu tidak aktif lagi dalam industri hiburan, sebaliknya memilih untuk bergiat aktif di belakang tabir.[9][10]
Filemografi
Filem
Telefilem
Drama
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads