Ernest Rutherford
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ernest Rutherford, Baron Rutherford Nelson Pertama (30 Ogos 1871 – 19 Oktober 1937) ialah seorang ahli fizik British kelahiran New Zealand. Sumbangan utamanya menjadikan beliau disanjung sebagai "bapa fizik nuklear".[2]
Semasa beliau menjalan penyelidikan di Universiti McGill, Kanada, beliau menemukan konsep separuh hayat radioaktif, unsur radon,[3] serta membezakan antara pereputan jenis alfa dan beta.[4] Hasil-hasil kerja inilah yang menjadikan beliau pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia tahun 1908 "kerana penyelidikannya mengenai penyepaian unsur-unsur, dan kimia bahan radioaktif".[5]
Remove ads
Awal hidup dan pendidikan
Ernest Rutherford merupakan anak kepada James Rutherford, seorang petani kelahiran Perth, Scotland, dan isterinya Martha Thompson, kelahiran Hornchurch, Essex, England.[6]
Beliau belajar di Sekolah Havelock, kemudiannya ke Nelson College sebelum mendapat dermasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Canterbury College, University of New Zealand.[7]
Kerjaya sains
Semasa meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau terlibat dalam suatu projek rahsia menyelesaikan masalah pengesanan sonar biasa yang dihadapi dalam kapal-kapal selam.[8]
Penemuan
Pada tahun 1911 telah menemui kewujudan proton iaitu zarah bercas positif. Beliau mengatakan nukleus mengandungi proton di dalamnya. Sebelum ini ahli sains berpendapat bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk mengimbangi cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah neutral. Beliau menjalankan satu eksperimen membedil sekeping logam nipis, iaitu kira-kira 4 × 10 -5 cm tebalnya dengan sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif. Beliau mendapati bahawa kebanyakan zarah alfa menembusi logam itu tanpa memesong. Sebilangan zarah alfa dipesongkan, manakala sebahagian lagi dipantul balik.
Berdasarkan kepada keputusan eksperimen itu, beliau mengemukan model atomnya yang menyatakan bahawa:
- Hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas berpositif.Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
- Nukleus mengandungi proton sahaja.
- Bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom
- Kebanyakan bahagian dalam atom merupakan bahagian kosong.
- Elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan.
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar. Masalah ini diselesaikan oleh James Chadwick.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads