Fadzaruddin Shah Anuar

Usahawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Fadzaruddin Shah Anuar
Remove ads

Yang Hormat Dato' Fadzaruddin Shah Tan Sri Anuar (lahir 15 April 1988) merupakan seorang usahawan Malaysia dan suami kepada Vivy Yusof. Beliau merupakan pengasas bersama FashionValet, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[1] Sebelum menubuhkan FashionValet, Fadza memulakan kerjaya awalnya sebagai penasihat pengurusan di sebuah syarikat antarabangsa dan mula menjinakkan diri dengan platform e-dagang. Beliau pernah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan di universiti.

Fakta Segera Yang Hormat Dato'Fadza Anuar DIMP, Kelahiran ...

Pada tahun 2012, Fadza dan isterinya, Vivy mendapat tempat pertama dalam Make The Pitch, sebuah rancangan televisyen realiti dimana mereka berdua memenangi pelaburan RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, untuk kepentingan 30% di dalam syarikat itu.[2] Beliau kemudiannya muncul dalam program realiti TV Astro Ria, Love, Vivy.[3]

Fadza berkahwin dengan rakan sekolejnya Vivy, pada Julai 2012. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata—Daniel Azim Shah (lahir 2013),[4] Mariam Iman Shah (lahir 2015),[5] Sarah Ilham Shah (lahir 2018), [6] Idris Ali Shah (lahir 2021). Beliau juga pernah diiktiraf sebagai salah seorang daripada Men of the Year oleh Augustman pada 2015.

Remove ads

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads