Felda Trolak Utara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
FELDA Trolak Utara (Jawi: فيلدا ترولق اوتارا), atau FELDA Projek Trolak Utara merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tenggara negeri Perak, Malaysia. Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Trolak dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Sungkai, Daerah Batang Padang. Ia terletak kira-kira 100 kilometer (62.1 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Trolak Utara ialah 35600 Trolak.[1]
Remove ads
Geografi
FELDA Trolak Utara terletak di bahagian selatan daerah Batang Padang, tepatnya di bahagian tengah mukim Sungkai. Terdapat sebatang sungai yang mengalir di barat kawasan petempatan ini iaitu Sungai Kelah. Kawasan petempatan ini mempunyai kawasan perumahan yang keluasannya dianggarkan hampir 470 ekar (190.2 he).[2] FELDA Trolak Utara juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah FELDA Trolak Selatan, FELDA Trolak Timur, FELDA Jaya Utara Trolak dan Kampung Klah Baru.
Remove ads
Pentadbiran
FELDA Trolak Utara terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Trolak. Secara pentadbiran, FELDA Trolak Utara terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tapah.[2] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Trolak Utara terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Tanjong Malim manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Slim.[3]
Remove ads
Pengangkutan
FELDA Trolak Utara dihubungkan dengan petempatan lain dengan Laluan Persekutuan 1 melalui simpang Jalan Felda Trolak Selatan.[2] Pekan terdekat dengan Felda Trolak Utara termasuklah Sungkai sejauh 13 km dan pekan Slim River sejauh 21 km.[4] Jarak FELDA Trolak Utara ke ibu negeri Perak iaitu Ipoh ialah sejauh kira-kira 88 kilometer (54.7 bt) dan mengambil masa selama lebih satu jam memandu kereta.[4]
Kemudahan
Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Bukit Tangga termasuklah;[4]
- Sekolah Kebangsaan Trolak Utara
- Pusat Jalur Lebar Komuniti
- Klinik Desa Trolak Utara
- Tadika KEMAS
- Dewan Besar/Dewan Orang Ramai
- Sekolah Agama Rakyat
- Kuarters Kediaman Institusi Perguruan
- Masjid Jamek Felda Trolak Utara
Perkhidmatan Bas Awam
Bas awam yang beroperasi di Trolak Utara ialah bas syarikat Mara Liner. Tetapi, bas ini hanya akan beroperasi untuk menghantar dan mengambil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak yang sekolahnya terletak di Felda Trolak Selatan. Ini kerana, ramai warga Trolak Utara sudah mempunyai kenderaan sendiri untuk ke mana-mana sahaja. Sebelum bas Mara Liner mengambil alih kawasan ini, bas awam yang beroperasi secara penuh adalah dari syarikat Mogah Omnibus Sdn. Bhd yang kini telah menjadi bas Star Coach Sdn. Bhd.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads