Jibon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jibon ialah sebuah filem drama keluarga Malaysia 1998 yang diterbitkan pada 7 Mei 1998. Filem ini telah diarahkan oleh Nahar Akhbar Khan.
Remove ads
Sinopsis
Filem ini bercerita tentang bagaimana seekor makhluk seperti orang utan (yang dipanggil Jibon) menyelamatkan seorang budak bernama Sani iaitu seorang pengakap sekolah yang dihanyutkan oleh arus sungai. Jibon yang menjadi legenda Orang Asli menyebabkan ia menjadi buruan seorang bomoh bernama Semaun yang mahu mendapatkan keuntungan. Pada masa yang sama bomoh Semaun ingin membalas dendam kepada binatang yang pernah mencederakannya. Jibon ditembak oleh Semaun tetapi Sani berjaya melepaskan Jibon dari kurungannya.
Remove ads
Pelakon
- Halim Rahim sebagai Jibon
- Melissa Saila sebagai Cikgu Aishah
- Along Kamaludin sebagai Cikgu Safuan
- Din Glamour sebagai Samad
- Mohd. Zafrie Ikhmal sebagai Sani
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh Shaman Semaun
- Farid Amirul sebagai Mr. Lee
- Aziz Sattar sebagai Tok Batin
- Mat Sentol sebagai Amat
- Nora Ramli sebagai Anakali
Sambutan
Filem ini dikeluarkan pada 7 Mei 1998 dan mendapat kutipan sebanyak RM 52,011.
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads