Aziz Sattar
Pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan penulis skrip Malaysia-Indonesia (1925-2014) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Abdul Aziz Sattar (8 Ogos 1925 – 6 Mei 2014) merupakan seorang pelakon filem Malaysia di zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura.[1][2][3] Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.[4][5]
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Pakalongan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur, Indonesia (ketika itu Hindia Belanda) pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.[6]
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.[6]
Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.[6]
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah meringkuk dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.[6]
Remove ads
Kerjaya
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, beliau terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kuching.[6]
Aziz juga pernah menubuhkan syarikat penerbitan filemnya sendiri yang diberi nama Indra Film Production & Distributors dengan beberapa orang ahli-ahli perniagaan lain.[7] Beliau juga pernah menghidupkan semula trio Bujang Lapok yang terkubur sejak 1961 menerusi filem Bujang Lapok Kembali Daa (1985) yang menampilkan S. Shamsuddin, Nasir P. Ramlee dan dirinya sendiri.[8]
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Nasir P. Ramlee.[9]
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Soffi Jikan, Boy Iman, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumiah Ahmad (bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri ke-3 - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah: Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.
Pada 16 Disember 2006, Aziz berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.[11]
Adiknya, Zaini Sattar meninggal dunia pada 7 Oktober 2018.[12]
Kematian
Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung pada usia 88 tahun.[13][14][15][16] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana pada jam 2:10 petang hari yang sama.[17]
Filemografi
Filem
Sebagai pelakon
Sebagai pengarah
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Tarikh anugerah/penghormatan
- 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
- 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
- 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
- 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
- 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000.
- 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[18]
Profesional/ahli persatuan
- Bendahari, Persatuan SENIMAN.
- 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
- 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.
- ... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)
Remove ads
Penghargaan
Penghargaan Malaysia
Malaysia :
Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2007)[19][20]
Kesatria Mangku Negara (KMN) (2003)[19]
Ahli Mangku Negara (AMN) (1990)[19]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads