Kayangan (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Filem Kayangan merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2007 dikeluarkan di Malaysia pada 2007. Ia merupakan terbitan sulong Raden Pictures Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin.[1] Tayangan pertama filem ini dijadualkan pada 9 Ogos 2007.
Remove ads
Sinopsis
Filem Kayangan mengisahkan pertemuan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Tengku Amir menerajui dunia korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar bintang sensasi Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri (dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura).
Dari kejadian yang tidak disangka, Maseira didedahkan kepada dunia metropolitan yang serba mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendamkan perasaan… Tetapi, kerana apa?
Remove ads
Pelakon
- Teuku Zacky Azwar sebagai Tengku Amir (suara Ashraf Sinclair) (dubbing)
- Nur Fazura sebagai Maseira
- Opie Zami sebagai Tajul
- Dynas Mokhtar sebagai Erina
- Eja sebagai Suraya
- Dee sebagai Rizal Khuzaimie
- Louisa Chong sebagai Molly
- Jalil Hamid sebagai Pak Mat
- Julia Ziegler sebagai Tengku Alyssa
- Ziela Jalil sebagai Tengku Aleya
- Mustapha Kamal sebagai Tengku Iskandar
- Mak Jah sebagai Mak Esah
- Jason Chong sebagai Gary
- Nazril Idrus sebagai Hairi
Remove ads
Runut bunyi
Album runut bunyi Kayangan (Kayangan Original Soundtrack) memuatkan 11 buah lagu
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads