Selendang Merah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Filem Selendang Merah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1962. Filem Selendang Merah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Selendang Merah diarah oleh pengarah L. Krishnan pada tahun 1962.
Remove ads
Ringkasan
Filem ini mengisahkan percintaan Dharma dan Kesuma, Lela dan Manja. Mereka berempat merancang untuk berkahwin.
Datuk Mega bimbang Datuk Sura akan mempengaruhi orang-orang kampung (nelayan) bangun menentang kezalimannya yang sering memeras ugut dan membuat ancaman. Dengan bantuan anaknya Datuk Gaya, Lantam dan Jampok, Datuk Mega memaksa Datuk Sura pindah kerana rumah yang didudukinya itu adalah di atas tanah kepunyaannya. Datuk Sura diberi tempuh 30 hari untuk pindah atau pun membayar 500 ringgit.
Bersimpati dengan kesusahan yang ditanggung Datuk Sura, orang-orang kampung yang diketuai Dharma telah bersatu hati membuat hasil kerja tangan seperti tikar, tudung saji, bakul dan sebagainya untuk dijual ke Tasik.
Apabila siap semua barang-barang tersebut Dharma sendiri menawarkan diri untuk ke Tasik menjualkannya. Sebelum pergi, Kesuma berpesan apabila kembali nanti membawa selendang merah untuknya.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Abdullah Chik sebagai Dharma
- Salmah Ahmad sebagai Kesuma
- Mustapha Maarof sebagai Manja
- Kasma Booty sebagai Lela
Pelakon pembantu
- Mahmud Jun sebagai Datuk Gaya
- A. R. Tompel sebagai Jampok
- Nyak Osman sebagai Lantam
- Yusof Banjar sebagai Datuk Mega
- Darwis Mansor sebagai Datuk Sura
- Hussein Abu Hassan sebagai Leman
Pelakon tambahan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads