Kasma Booty

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kasma Booty
Remove ads

Kasmah Abdullah AMN atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty[1] (Jawi: كسم بوتي; 1932 – 1 Jun 2007) merupakan seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an. Dilahirkan di Kisaran, Indonesia, beliau berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions Ltd. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P. Ramlee dalam Bakti, Sejoli, Juwita, dan Ragam P. Ramlee (bahagian Damaq).[2][3][4]

Fakta Segera Kasma Booty AMN, Kelahiran ...
Remove ads

Kehidupan awal

Thumb

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon teater tradisional bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia (waktu itu Malaya) dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.

Kerjaya lakonan

Kasma memulakan kerjaya lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup iaitu seawal umur 14 tahun. Filem pertama yang dibintanginya ialah filem Chempaka (1947), diikuti Pisau Berachun, Noor Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P. Ramlee.

Pada tahun 1952 pula, beliau berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga berlarutan ke mahkamah. Namun, demi mempertahankan prinsip dan maruah beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum dan Tangis.

Thumb
Kasmah Binti Abdullah gambar 1952.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau, Selindang Merah, Ratapan Ibu (L. Krishnan), Siti Payong, Tangkap Basah, Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P. Ramlee (P. Ramlee).

Di zaman kegemilangannya juga beliau pernah mendapat jolokan sebagai Elizabeth Taylor Malaya dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya. Tidak hanya memiliki rupa paras yang jelita, beliau mempunyai segala aura dan karisma yang diperlukan sebagai seorang Primadona Melayu pada zaman meledaknya filem Melayu klasik di Jalan Ampas, Singapura satu ketika dulu. Tidak hairanlah mengapa beliau turut dihormati seniman dan seniwati seperjuangannya pada zaman itu, tidak terkecuali Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee sendiri.

Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992. Di usia tuanya, beliau banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan dengan Jacob Booty dan dikurniakan lima orang anak. Nama kelima-lima anak beliau diambil bersempena dengan judul filem yang pernah dilakonkannya.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 1 Jun 2007, jam 2 pagi di Hospital Ampang ketika berusia 75 tahun selepas sekian lama menghidap komplikasi paru-paru berair.[5] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Selangor pada hari yang sama.

Kontroversi

Seniwati Kasma Booty mula muncul dalam filem Chempaka. Dengan wajahnya yang cantik menawan, Kasma terus diangkat sebagai Primadona baru filem Melayu. Tetapi diatas desakan suaminya Booty Jacobs, Kasma terpaksa membatalkan kontraknya dengan Shaw Brothers ketika sedang shooting filem Antara Senyum dan Tangis. Ia disebabkan Kasma hampir diperkosakan oleh pengurus produksi di bilik persalinan. Pakaian nya hampir terkoyak rabak akibat pergelutan itu. Kes dibawa ke mahkamah oleh suami Kasma. Watak Kasma dalam filem Antara Senyum dan Tangis digantikan dengan Rokiah Jaafar.

Kasma Booty terus menghilangkan diri dari dunia perfileman dan tumpu masa sepenuhnya bersama group bangsawan milik suaminya. Tetapi empat tahun kemudiannya, atas desakan Tunku Abdul Rahman, Kasma kembali semula ke dunia perfileman dalam filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencapaian

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads