Serampang Tiga

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Serampang Tiga merupakan sebuah filem Melayu genre aksi dan drama yang diterbitkan di Malaysia pada 1981. Filem Serampang Tiga diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Filem Serampang Tiga mula ditayangkan pada 2 Ogos 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Kuswadinata, Sharifah Hasnor dan ramai lagi.

Remove ads

Pengarah

Filem Serampang Tiga diarah oleh pengarah Ismail Sasakul pada 1981.

Ringkasan

Filem ini mengisahkan tentang Indra yang ditugaskan oleh ayahnya, Pak Guntor, seorang panglima diraja untuk pergi mengamankan sebuah kampung serta untuk bertemu dengan adiknya Naneng. Pak Guntor telah memberi pedang yang diwarisi supaya dapat mempertahankan dirinya. Dalam perjalanan, Jalur, rakan Indra, turut menemaninya. Ketika tiba di sebuah kampung, Indra dan Jalur melihat sekumpulan orang jahat cuba mengganggu Kiambang dan ayahnya, Pak Sulong, yang sedang berniaga makanan di sebuah warung. Indra telah berjaya melindungi Kiambang dan ayahnya dari terus diganggu. Di kampung tersebut, Indra telah terjumpai adiknya telah mati dibunuh. Indra bersumpah untuk menuntut bela di atas kematian adiknya. Dia harus mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu serta menyiasat keadaan kampung yang semakin menjadi huru-hara akibat perbuatan beberapa orang penjahat.

Remove ads

Pelakon

Lagu

Pencapaian

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads