Kuswadinata
Pelakon veteran lelaki Singapura-Malaysia (1938-2013) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kuswadi Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938 – 16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Singapura-Malaysia.[1] Dilahirkan di Jalan Thomson, Singapura, Negeri-negeri Selat, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.
Remove ads
Kerjaya filem
Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah L. Krishnan dan Mahmud Jun pada 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman S. Roomai Noor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nisfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.

Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.
Pak Kus berlakon dalam beberapa lagi filem Kacha Permata (1966), Aku Mahu Hidup (1970), Jejak Bertapak (1981), Sikit Punya Gila (1982), Tarik-Tarik (1993), Kaki Bakar (1995), KLU (1999), Lang Buana (2003) dan Jalang (2009).
Remove ads
Kematian
Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[2]
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
- Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (2007).
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads