Formasi Setul
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Formasi Setul merupakan satu formasi batuan berusia Ordovisi Awal hingga Devon Tengah yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan merupakan formasi batu kapur yang tertua di Malaysia.
Formasi Setul kini telah dinaiktaraf menjadi Kumpulan Setul yang terdiri daripada Batu Kapur Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang, Batu Kapur Mempelam dan Formasi Timah Tasoh.
Asal-usul Nama
Nama formasi batuan ini mula diperkenalkan oleh Jones (1961) bersempena nama wilayah Setul (kini dipanggil Satun) di Thailand di mana formasi batuan ini turut ditemui.
Taburan
Formasi Setul bertaburan dengan meluas dari Tanjung Rhu hingga utara Pulau Dayang Bunting serta sebahagian kecil Teluk Kubang Badak di Langkawi.
Komposisi Batuan
Jones (1978) mengelaskan formasi ini kepada 5 ahli iaitu Batu Kapur Dasar, Batu Kapur Setul Bawah, Ahli Detrital Bawah, Batu Kapur Setul Atas dan Ahli Detrital Atas[1].
MT-JGSC (2015) mengelaskan semula Formasi Setul kepada 3 ahli dengan menaiktaraf Ahli Detrital Atas sebagai sebahagian Formasi Jentik[2].
Pada masa kini, Formasi Setul telah digunapakai sebagai Kumpulan Setul dan ahli-ahli batuannya dinaik taraf kepada Batu Kapur Kaki Bukit, Formasi Tanjung Dendang, Batu Kapur Mempelam dan Formasi Timah Tasoh, manakala Ahli Detrital Atas turut dinaiktaraf sebagai Formasi Timah Tasoh.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads