Formula Satu musim 2000

From Wikipedia, the free encyclopedia

Formula Satu musim 2000
Remove ads

Formula Satu musim 2000 ialah musim Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA yang ke-51. Kejuaraan ini bermula pada 12 Mac, 2000, dan berakhir pada 22 Oktober selepas 17. Michael Schumacher menjadi Juara Dunia Ferrari yang pertama sejak 21 tahun, selepas merangkul kejuaraan pada perlumbaan kedua terakhir di Grand Prix Jepun. Ferrari juga berjaya mempertahankan Kejuaraan Pengeluar Dunia mereka.

Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim 2000
Sebelum: 1999 Seterusnya: 2001
Indeks: Perlumbaan mengikut negara | Perlumbaan mengikut musim
Thumb
Michael Schumacher memenangi kejuaraan dunia ketiganya, dan yang pertama untuk Ferrari, pada tahun 2000.
Thumb
Juara dunia berganda, Mika Häkkinen, menamatkan musim sebagai naib juara.
Thumb
Rakan sepasukan Häkkinen, David Coulthard (gambar diambil pada tahun 2007), menamatkan musim di tempat ketiga.
Remove ads

Pasukan dan pemandu

Berikut ialah pasukan dan pemandu yang bertanding dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu 2000 FIA.

Maklumat lanjut Kemasukan, Pengeluar ...

Semua enjin ialah konfigurasi 3.0 liter, V10.

Pertukaran pasukan

  • Selepas dibeli oleh Ford, pasukan Stewart dinamakan semula sebagai Jaguar Racing, dengan enjin pasukan dinamakan semula sebagai Cosworth.
  • Williams menggunakan enjin BMW, selepas mengunakan enjin Supertec yang digunakan pada tahun sebelumnya.
  • Enjin Benetton', Supertec, telah dinamakan semula sebagai Playlife bagi musim 2000.
  • Selepas pereka enjin Arrows, Brian Hart, meninggalkan pasukan, mereka menggunakan enjin Supertec.
  • Enjin Ford V10 yang digunakan oleh Minardi dinamakan semula sebagai enjin Fondmetal.
  • BAR menandatangani kontrak bersama Honda untuk menggunakan enjin mereka pada musim 2000.

Pertukaran pemandu

Bertukar pasukan
Menyertai Formula Satu
  • Jenson Button membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu untuk Williams selepas mengalahkan pemandu ujian mereka, Bruno Junqueira dalam sebuah ujian shoot-out.[1]
  • Juara International Formula 3000 tahun 1999, Nick Heidfeld berlumba untuk Prost pada tahun 2000, selepas menjadi pemandu ujian untuk McLaren.
  • Gastón Mazzacane menjadi pemandu Minardi pada tahun 2000, selepas menjadi pemandu ujian mereka pada tahun sebelumnya.
Keluar dari Formula Satu
  • Juara musim 1996, Damon Hill bersara dari Formula Satu selepas berakhirnya musim 1999, selepas membantu Jordan menamatkan musim di tangga ketiga dalam Kejuaraan Pengeluar pada tahun tersebut.
  • Olivier Panis meninggalkan Prost untuk menjadi pemandu ujian untuk McLaren.
  • Stéphane Sarrazin, yang memandu untuk Minardi di Grand Prix Brazil 1999, menjadi pemandu ujian untuk Prost.
  • Pemandu Arrows pada tahun 1999, Toranosuke Takagi, meninggalkan Formula Satu untuk berlumba bersama Nakajima Racing dalam Formula Nippon, di mana beliau memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2000.
  • Pemandu Williams, Alex Zanardi, digantikan oleh Jenson Button untuk musim 2000. Zanardi kemudiannya kembali bersaing dalam kejuaraan CART.
Kembali ke Formula Satu
  • Jos Verstappen menandatangani kontrak untuk Arrows pada tahun 2000 selepas setahun tidak bertanding dalam Formula Satu. Kali terakhir Verstappen berlumba adalah di Grand Prix Jepun 1998 untuk Stewart
Perubahan pertengahan musim
Remove ads

Jadual perlumbaan Formula Satu 2000

Remove ads

Keputusan dan kedudukan

Grands Prix

Maklumat lanjut Pusingan, Grand Prix ...

Kejuaraan Pengeluar

Maklumat lanjut Ked, Pemandu ...

Pelumba tidak menamatkan perlumbaan, tetapi diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih 90% jarak perlumbaan.

Mata kejuaraan diberikan berdasarkan 10-6-4-3-2-1 untuk enam tempat teratas pada setiap perlumbaan.[3]

Kejuaraan Pengeluar

Thumb
Ferrari memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia 2000
Thumb
McLaren-Mercedes mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Pengeluar
Thumb
Williams-BMW menamatkan musim di tangga ketiga dalam Kejuaraan Pengeluar
Maklumat lanjut Ked, Pengeluar ...

Mata kejuaraan diberikan berdasarkan 10-6-4-3-2-1 untuk enam tempat teratas pada setiap perlumbaan, di mana keputusan dari kedua-dua kereta diambil kira.[3]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads