Fu Xi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Fu Xi
Remove ads

Dalam mitos Cina, Fu Xi atau Fu Hsi; juga dikenali sebaga Paoxi, merupakan yang pertama daripada Tiga Tokoh Mulia (三皇 sānhuáng) di negara China purba. Beliau ialah seorang wira budaya yang dipercayai merupakan pencipta penulisan, perikanan, dan pemerangkapan haiwan. Bagaimanapun, Cangjie juga dipercayai sebagai pencipta tulisan.

Fakta Segera Bahasa Cina, Transkripsi ...
Remove ads

Asal-usul

Pangu dikatakan sebagai dewa pencipta dalam mitologi Cina. Beliau digambarkan sebagai gergasi yang tidur di dalam sebuah telur kekacauan (chaos). Setelah terjaga, Pangu berdiri lalu memisahkan langit dan bumi. Setelah itu, beliau meninggal dunia, dan jasadnya berubah menjadi sungai, gunung, tumbuhan, haiwan serta segala sesuatu di dunia. Daripada unsur-unsur ini lahirlah satu makhluk berkuasa bernama Huaxu (華胥). Huaxu melahirkan sepasang adik-beradik kembar iaitu Fuxi dan Nüwa. Fuxi dan Nüwa dikatakan mempunyai wajah manusia dan tubuh ular.[1]

Namun begitu, dalam beberapa versi mitos, Fuxi dianggap sebagai pencipta sejati dan bukannya Pangu, dan Fuxi dikatakan bekerja sendirian tanpa Nüwa.[2]

Fuxi dikenali sebagai "dewa asal", dan dikatakan dilahirkan di kawasan pertengahan-bawah Sungai Kuning, di sebuah tempat bernama Chengji (成紀), yang mungkin terletak di Daerah Lantian, Shaanxi, atau Tianshui, Gansu.[3]

Tafsiran sejarah terhadap mitos ini menyatakan bahawa Huaxu (ibu kepada Fuxi) merupakan seorang ketua masyarakat semasa zaman matriarki (sekitar tahun s.2600 SM), iaitu ketika orang Cina awal mula mengembangkan kemahiran bahasa. Fuxi dan Nüwa pula dipercayai sebagai pemimpin dalam masyarakat patriarki awal, ketika amalan perkahwinan mula diperkenalkan.[4]

Seorang dewa bernama Taihao (太皞, "Yang Terang Besar") disebut secara kabur dalam sumber sebelum dinasti Han, dan tidak berkait langsung dengan Fuxi. Namun kemudian, Fuxi disamakan dengan Taihao, dan nama tersebut dianggap sebagai nama kehormatan atau nama rasmi Fuxi.[5]

Menurut legenda, dewi Sungai Luo bernama Mifei adalah anak perempuan Fuxi. Dalam beberapa versi lain, beliau juga dikatakan sebagai pasangan Fuxi. Mifei mati lemas ketika menyeberangi Sungai Luo dan kemudiannya menjadi roh sungai tersebut.[6]

Remove ads

Legenda penciptaan

Menurut legenda, bumi dilanda banjir yang teramat besar sampai hanya Fu Xi dan adindanya Nüwa terselamat. Mereka melarikan diri ke Gunung Kunlun, di mana mereka berdoa agar diberi petunjuk daripada Maharaja Syurga. Setelah mendapat restu, pasangan saudara-saudari itu mula mencipta kaum manusia. Untuk mempercepat proses penciptaan itu, Fu Xi dan Nüwa menggunakan tanah liat untuk membuat bentuk manusia. Dengan kuasa kedewaan yang diamanahkan kepada mereka, mereka berdua menghidupkan hasil tanah liat itu.[3] Kemudian, Fu Xi pun memerintah keturunan-keturunannya. Tempoh pemerintahan Fu Xi didapati daripada sumber yang saling bercanggah, iaitu selama 115 tahun (2852–2737 SM) atau 116 tahun (2952–2836 SM).

Remove ads

Kematian

Fu Xi hidup selama 197 tahun dan mangkat di sebuah tempat yang dipanggil negeri Chen (kini Huaiyang,Henan), di mana permakamannya masih boleh ditemui dan dikunjungi sebagai tarikan pelancong.[3]

Galeri

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads