Fynn Jamal
pelakon dan penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fynn Jamal (lahir Nur Affina Yanti Jamalludin; 27 Ogos 1982) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak Hasni dalam drama bersiri Anak Pontianak di TV3 pada 2007. Beliau juga terkenal menerusi lagu "Arjuna Beta".[2]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang jejaka biasa yang bernama Hazrilfitri "Tri" Hadzir pada tahun 2008.[3] Mereka hidup bahagia bersama 2 orang anak angkat yang diambil sejak berumur sehari .[4] Pada 2012, beliau mula mengenakan hijab dan seterusnya pada 2016 beliau terus iqtiqomah dengan memakai niqab (purdah).
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya seninya pada 2007 dengan membintangi drama Anak Pontianak arahan pengarah Ibrahim Elias. Setelah itu beliau kemudian berjinak dalam bidang nyanyian dengan menulis puisi sebagai lirik lagu sekaligus menjadikan beliau sebagai penyanyi puisi pertama di Malaysia. Album rakamannya Puisi Tepi Jalan diterbitkan bagi mengukuhkan nama beliau sebagai penyanyi, kemudian diikuti dengan album seterusnya iaitu Fynn Jamal & Tri Hadzir dan 150 Juta pada tahun 2014.
Remove ads
Bakat
Keunikan yang ada pada Fynn Jamal ialah setiap kali beliau membuat persembahan secara langsung, beliau bukan sekadar menyanyi tetapi juga bercerita didalam setiap lagu yang disampaikan. Malah, beliau juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang penyanyi tetapi adalah pencerita disebabkan lirik lagu-lagu beliau adalah daripada koleksi puisi yang ditulisnya sendiri sebelum diubah menjadi sebuah lagu untuk disampaikan kepada para peminatnya.[5][6]
Diskografi
Album studio
- Puisi Tepi Jalan (2010)
- 150 Juta (2014)
EP
- Fynn Jamal & Tri Hadzir (2014)
Single
Single kolaborasi
Remove ads
Filemografi
Drama
Televisyen
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads