Gagasan Rakyat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Remove ads
Penubahan
Gagasan Rakyat merupakan sebuah perikatan politik pembangkang di Malaysia yang aktif dari tahun 1990 hingga 1996.
Sejarah
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, Parti Melayu Semangat 46, Parti Tindakan Demokratik, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Rakyat Malaysia bekerjasama menubuhkan Barisan Rakyat. Mereka turut bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah dalam Pilihan Raya 1990.
Gabungan ini merupakan rentetan daripada kerjasama dalam pilihan raya umum pada tahun 1990. Gagasan Rakyat ini terdiri daripada tujuh parti politik iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (MIPF) Parti Rakyat Malaysia (MPP), Parti Nasionalis Malaysia (MSP), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Dalam bulan Januari 1995, Gabungan Gagasan Rakyat telah berpecah berikutan penarikan diri oleh parti utama yang menganggotainya iaitu DAP. Pergeseran antara parti-parti itu bermula dalam proses perlantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia berlaku berikutan ura-ura Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menuntut seorang bumiputera sebagai Ketua Pembangkang yang baru, sekali gus menolak kepimpinan Lim Kit Siang. APU terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46 (s46), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). APU ditubuhkan berdasarkan sebuah parti Islam. Berikutan desakan tersebut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.
Remove ads
Parti Rakan
- Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Parti Melayu Semangat 46 (S46)
- Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (MIPF)
- Parti Rakyat Malaysia (MPP)
- Parti Perpaduan Malaysia (MSP)
- Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM)
- Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
Pilian Raya Umum
Pilian Raya Negeri
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads