Parti Keadilan Nasional
bekas parti politik di Malaysia; digantikan dengan Parti Keadilan Rakyat From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Parti Keadilan Nasional (Bahasa Inggeris: National Justice Party juga singkatan: KeADILan atau kerap juga ditulis dan dipanggil sebagai PKN) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Ia lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda Malaysia selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. PKN kini telah dijenamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas melakukan penggabungan pada 2003.
Remove ads
Penubuhan
KeADILan diasaskan daripada daripada gelombang Reformasi yang melanda Malaysia selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Pada waktu itu, terdapat dua gerakan rakyat ditubuhkan:
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di bawah pimpinan Presiden, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama parti politik seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan NGO Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK).
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dengan kerjasama parti politik PAS, PRM, dan DAP, serta organisasi hak asasi manusia yang lain telah menubuhkan juga sebuah gerakan pelbagai kaum diberi nama Gagasan Demokrasi Rakyat (GAGASAN).
Penubuhan GERAK dan GAGASAN bukanlah untuk menyokong Anwar Ibrahim semata-mata, tetapi memberi perhatian kepada ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia ketika itu yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad[1].
Pada awal Disember 1998, pendukung reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.[2] Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).[3] Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Parti KeADILan Nasional telah dilancarkan pada 4 April 1999.[4]
Ahli Jawatankuasa pertama
Remove ads
Sejarah
Tahun terawal
Tahun 1997 menyaksikan ekonomi Malaysia terjejas oleh krisis kewangan Asia. Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (juga Timbalan Perdana Menteri), telah melaksanakan beberapa langkah pembaharuan ekonomi dan langkah penjimatan sebagai tindak balas. Tindakan ini diperburuk apabila dia membentangkan pindaan kontroversi kepada Akta Pencegahan Rasuah yang cuba meningkatkan kuasa Badan Pencegah Rasuah.[6] Perdana Menteri Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan langkah-langkah ini dan akhirnya memecat Anwar dari semua jawatannya.[7] Insiden ini dan keadaan di mana ia berlaku membawa bantahan awam dalam apa yang dikenali sebagai pergerakan Reformasi, tetapi ia juga mengakibatkan penangkapan dan penangkapan Anwar seterusnya terhadap apa yang dipercayai sebagai dakwaan politik bermotivasi seksual dan rasuah.[8] Membina momentum Reformasi, sebuah gerakan politik yang dinamakan Gerakan Keadilan Sosial (Adil) telah dibentuk. Ia diketuai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar. Namun, menghadapi kesulitan dalam mendaftarkan Adil sebagai parti politik, gerakan reformasi mengambil alih parti kecil, Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN), dan dilancarkan semula sebagai Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999, tepat pada masanya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum 1999.[9] Parti itu telah diperhatikan sebagai mempunyai persamaan yang kasar dengan demokrasi sosial berbilang kaum Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas).[10] Parti itu disertai oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam pakatan pilihan raya yang dikenali sebagai Barisan Alternatif untuk mengambil kuasa BN dalam pilihan raya umum 1999.
Penahanan
Antara 27 dan 30 September 1999, tujuh aktivis, termasuk pemimpin Keadilan; Naib Presiden Tian Chua, N. Gobalakrishnan, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, Mohamed Azmin Ali, Fairus Izuddin dan Dr Badrul Amin Baharun; telah ditangkap dan hasilnya dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya.[11] Penangkapan lanjut dibuat pada 10 April 2001 dan mereka yang ditangkap kemudiannya dituduh dan dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.[12] Mereka dikenali sebagai Reformasi 10.[13]
Remove ads
Penglibatan dalam pilihan raya
KeADILan telah menyertai dua pilihan raya umum sebelum RoS meluluskan pertukaran nama kepada PKR, iaitu Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan Pilihan raya umum Malaysia 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, calon-calon PRM turut bertanding di atas platform KeADILan.
Pilihan raya umum Malaysia 1999
Dalam PRU 1999, Keadilan menghantar seramai 59 orang calon bagi kerusi Parlimen dan 94 orang calon di kerusi Dewan Undangan Negeri. Daripada jumlah tersebut, hanya 5 orang calon telah berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen dan 4 orang berjaya dipilih sebagai ADUN.
Keputusan calon ahli Parlimen (Keadilan) dalam PRU 1999
Keputusan calon ahli Dewan Undangan Negeri (Keadilan) dalam PRU 1999
Pilihan raya umum Malaysia 2004
Dalam PRU 2004, Keadilan menghantar seramai 57 orang calon bagi kerusi Parlimen dan 146 orang calon di kerusi Dewan Undangan Negeri. Daripada jumlah tersebut, hanya seorang calon telah berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen dan tiada yang berjaya dipilih sebagai ADUN.
Remove ads
Penggabungan
Selepas Pilihan raya umum Malaysia 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. Maka, pada 3 Ogos 2003, Keadilan dan PRM telah melancarkan penggabungan dengan nama Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.[14] Walau bagaimanapun, penubuhan parti selepas penggabungan ini hanya diluluskan pada 2004, selepas pilihan raya umum
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads