Ganet

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ganet
Remove ads

Ganet (Jawi: ݢانت) ialah sejenis burung laut dalam genus Morus keluarga Sulidae.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Remove ads

Penamaan

Nama burung ini meminjam daripada perkataan bahasa Inggeris gannet dijejak semula kepada kata bahasa Inggeris Kuno ganot yang bermaksud "kuat atau maskulin".[1]

Taksonomi

Nama genus burung ini, Morus, datang daripada perkataan bahasa Yunani Purba μωρός moros "bodoh"[2] kerana burung ini tidak takut dan mudah ditangkap dari sarangnya.[3]

Ciri-ciri

Kepala burung ganet kekuning-kuningan dengan paruh yang panjang. Dua biji matanya cukup jauh depan membolehkan penglihatan dwimata menganggarkan jarak dengan tepat.

Badannya berwarna putih. Sayapnya juga putih dengan hujung berwarna hitam.

Tabiat

Pemburuan

Burung ganet memburu ikan dengan menyelam dari aras langit setinggi 30 meter dan mengejar mangsanya dalam air. Ia mempunyai beberapa kelebihan: ia tidak ada lubang hidung di luar tetapi dalam mulut, ia juga mempunyai pundi udara bawah kulit muka dan dada yang melapik dan mengurangkan kesan hentaman burung itu dengan air.

Burung ganet boleh menghentam air dengan kelajuan sehingga 100 km/j, kelajuan ini membolehkan burung ini menangkap ikan lagi dalam daripada kebanyakan burung yang terbang di udara.

Spesies

Maklumat lanjut Gambar, Nama saintifik ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads