Geb

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Geb (Mesir Purba: gbb, sebutan Egiptologis Gebeb), juga dikenali sebagai Keb (/ˈkɛb/),[a] merupakan dewa Mesir bagi Bumi[1] dan ahli para dewa Ennead dalam mitos Heliopolis. Dia juga dianggap bapa segala ular. Kepercayaan Mesir purba menyatakan bahawa ketawa Geb mencipta gempa bumi[2] dan membenarkan tanaman tumbuh.

Fakta Segera Nama dalam hieroglif, Simbol ...
Remove ads

Nama

Nama ini disebut sedemikian sejak zaman Yunani dan pada asalnya disalah baca sebagai Seb.[3]

Peranan dan perkembangan

Gambaran tertua dalam serpihan ukiran dewa ini ialah sebagai makhluk berjanggut antropomorfik disertai namanya, berasal dari pemerintahan raja Djoser, semasa Dinasti Ketiga, dan ditemui di Heliopolis.[perlu rujukan] Namun, dewa ini tidak pernah mempunyai kuil tersendiri. Pada zaman kemudian, dia juga digambarkan sebagai kambing jantan, lembu jantan atau buaya (yang terakhir dalam vignet Kitab Orang Mati milik seorang wanita Heryweben di Muzium Mesir, Kaherah).[perlu rujukan]

Geb sering ditakuti sebagai bapa ular (salah satu nama untuk ular ialah s3-t3 – "anak bumi"). Dalam salah satu teks Teks Keranda, Geb digambarkan sebagai bapa ular Nehebkau daripada mitologi dari zaman purba.[perlu rujukan] Geb juga sering digambarkan sebagai raja dewa purba Mesir yang mana anaknya Osiris dan cucunya Horus mewarisi tanah tersebut setelah banyak konflik dengan dewa Set, saudara dan pembunuh Osiris. Geb juga boleh dianggap sebagai personifikasi bumi subur dan padang pasir gersang—dengan gurun menjadi tempat orang mati atau membebaskan mereka dari makam-makam mereka, secara metafora digambarkan sebagai "Geb membuka rahangnya", atau memenjarakan mereka yang tidak layak pergi ke Padang Mensiang yang subur syurga di timur laut. Apabila memenjarakan roh-roh yang tidak berhak, salah satu bentuk alam baqanya ialah tongkat berkepala jakal (dipanggil wsr.t "Yang Perkasa") yang muncul dari tanah di mana musuh boleh diikat.[perlu rujukan]

Dalam Ennead Heliopolis (kumpulan sembilan dewa yang mula-mula dicipta oleh dewa tunggal Atum atau Ra), Geb ialah suami Nutlangit atau siang dan cakerawala malam yang kelihatan—anak kepada unsur-unsur yang dicipta sebelumnya Tefnut (kelembapan) dan Shu ("kekosongan"), serta bapa kepada empat orang dewa yang lebih rendah: Osiris, Set, Isis dan Nephthys. Dalam konteks ini, Geb dipercayai pada asalnya bertunang dengan Nut dan terpaksa dipisahkan daripadanya oleh Shu, dewa udara.[4] Akibatnya, dalam gambaran mitologi, Geb ditunjukkan sebagai lelaki yang berbaring, kadang-kadang dengan zakarnya masih menunjuk ke arah Nut. Geb dan Nut bersama-sama membentuk sempadan kekal antara perairan azali dan dunia yang baru dicipta.[5]

Semakin masa berlalu, dewa ini semakin dikaitkan dengan tanah yang boleh didiami Mesir dan juga sebagai salah seorang pemerintah awalnya. Sebagai dewa neraka[6] dia (seperti Min) secara semula jadi dikaitkan dengan alam bawah tanah, air tawar dan dengan tumbuhanbarli dikatakan tumbuh di tulang rusuknya—dan digambarkan dengan tumbuhan dan tompok-tompok hijau lain pada badannya.[7]

Hubungannya dengan tumbuh-tumbuhan, penyembuhan[7] dan kadang-kadang dengan alam bawah tanah dan raja menyebabkan Geb kadankala disangkakan ialah suami Renenutet, dewi tuaian kecil dan juga pengasuh dalam mitologi (maksud namanya ialah "ular susuan") raja muda dalam bentuk ular tedung, yang sendiri juga boleh dianggap sebagai ibu Nehebkau, dewa ular purbakala yang dikaitkan dengan alam bawah tanah. Geb juga disamakan oleh pengarang-pengarang klasik sebagai Titan Yunani, Cronus.[perlu rujukan]

Ptah dan Ra, dewa-dewa pencipta, biasanya memulakan senarai para dewa ini. Terdapat spekulasi antara Shu dan Geb dan siapa dewaraja pertama Mesir. Kisah bagaimana Shu, Geb dan Nut dipisahkan untuk mencipta alam semesta kini ditafsirkan dalam istilah yang lebih manusiawi; mendedahkan permusuhan dan kecemburuan seksual. Antara kecemburuan bapa-anak dan Shu memberontak terhadap aturan ilahi, Geb mencabar kepimpinan Shu. Geb memperisterikan Tefnut, permaisuri Shu, memisahkan Shu daripada isteri-saudara perempuannya, seperti yang Shu lakukan sebelum ini kepadanya. Dalam Kitab Lembu Syurgawi, tersirat bahawa Geb ialah pewaris dewa matahari yang bakal mangkat. Selepas Geb menyerahkan takhta kepada Osiris, anaknya, dia kemudian mengambil peranan sebagai hakim dalam Tribunal Ilahi para dewa.[8]

Remove ads

Angsa

Thumb
Dewi langit Nut dan Geb dipisahkan oleh Shu.

Beberapa ahli Egiptologi (khususnya Jan Bergman, Terence Duquesne dan Richard H. Wilkinson) menyatakan bahawa Geb dikaitkan dengan seekor angsa pencipta dalam mitologi, yang telah meletakkan telur dunia daripada mana matahari dan/atau dunia muncul. Teori ini dianggap tidak betul dan datang daripada kekeliruan nama dewa "Geb" dengan angsa besar (Anser albifrons), yang juga asalnya dipanggil gb(b): "yang tempang, yang tersandung".[9]

Simbol burung ini hanya digunakan sebagai fonogram untuk mengeja nama dewa ini.[10] Nama purba alternatif untuk spesies angsa ini ialah trp yang bermaksud sama seperti 'berjalan seperti mabuk', 'yang tersandung'. angsa besar tidak pernah ditemui sebagai simbol pemujaan atau burung suci Geb. 'Angsa' pencipta yang disebut di atas, dipanggil Gengen-Wer bermaksud "Pengeang Besar" dan sentiasa digambarkan sebagai angsa nil/angsa rubah atau angsa Mesir (Alopochen aegyptiacus) yang dalam ornitologi tergolong dalam genus berasingan, juga nama Mesir lazimnya ialah smn, Qibti smon. Satu vignet berwarna menggambarkan seekor angsa Nil dengan paruh terbuka dalam konteks penciptaan matahari pada papirus mitologi dari Dinasti ke-21.[11]

Imej-imej burung ini yang serupa terdapat pada dinding-dinding kuil (Karnak, Deir el-Bahari), menunjukkan adegan raja berdiri di atas rakit papirus dan memetik papirus dengan penuh upacara untuk dewa Thebes, Amun-Re-Kamutef. Dewa pencipta Thebes ini boleh menjelma dalam bentuk angsa Nil tetapi tidak pernah dalam bentuk seekor angsa besar. Dalam Kitab-Kitab Alam Bawah Tanah, tanda diakritik angsa (kemungkinan besar merujuk kepada Anser albifrons) kadang-kadang digambarkan di atas kepala seorang dewa antropomorfik tanpa nama yang berdiri, seolah-olah itu Geb. Geb sendiri tidak pernah digambarkan sebagai angsa Nil, seperti Amun kemudiannya yang dipanggil pada beberapa stele Kerajaan Baru dengan jelas, "Amun, angsa smn- yang cantik" (angsa Nil).[11]

Satu-satunya kekeliruan bergambar yang jelas antara hieroglif angsa besar (dalam ejaan hieroglif biasa untuk nama Geb, sering diikuti dengan tanda -b tambahan) dan angsa Nil dalam ejaan nama Geb ada dalam makam batu tarah seorang gabenor wilayah, Sarenput II (Dinasti ke-12, Kerajaan Pertengahan), di rabung gurun Qubba el-Hawa (bertentangan dengan Aswan), iaitu di dinding kiri (selatan) berhampiran pintu yang terbuka, dalam baris pertama bacaan semah pengebumian yang dicat. Kekeliruan ini boleh dibandingkan dengan pemotongan tanda itik ekor runcing (yang bermaksud 'anak') dalam gelaran diraja 'Anak Ra' oleh pengikut-pengikut Akhenaten, terutamanya di kuil Thebes, di mana mereka terkelirukan tanda itik dengan angsa Nil yang disangkakan jelmaan dewa Amun, yang telah diharamkan ketika itu.[11]

Remove ads

Kesetaraan dengan Cronus

Dalam Mesir zaman Yunani-Rom, Geb disamakan dengan titan Yunani Cronus kerana dia mempunyai peranan yang agak serupa dalam kepercayaan Yunani, sebagai bapa dewa Zeus, Hades dan Poseidon, seperti Geb dalam mitologi Mesir. Persamaan ini amat dibuktikan di Tebtunis di selatan Fayyum: Geb dan Cronus sebahagian daripada kultus Sobek, dewa buaya, versi tempatan.[12] Persamaannya ditunjukkan dalam ikonografi tempatan dewa-dewa, dengan Geb digambarkan sebagai lelaki dengan sifat-sifat Cronus dan Cronus dengan sifat-sifat Geb.[13] Sebaliknya, para pendeta kuil utama tempatan memanggil diri mereka dalam teks-teks Mesir sebagai para pendeta "Soknebtunis-Geb", tetapi dalam teks-teks Yunani sebagai para pendeta "Soknebtunis-Cronus".[perlu rujukan] Sehubungan itu, nama-nama orang Mesir yang memetik nama dewa Geb sama popular di kalangan penduduk kampung tempatan seperti nama-nama orang Yunani yang memetik Cronus, terutamanya nama "Kronion".[14]

Remove ads

Nota

  1. Yunani Purba: Κῆβ, rumi: Cē̂b, sebutan Yunani Purba: [kɛ̂ːb]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads