Ginkgo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ginkgo
Remove ads

Ginkgo ialah satu-satu genus yang yang masih hidup dalam keluarga tumbuhan Ginkgoaceae. Spesies tunggalnya Ginkgo biloba hanya ditemui di hutan-hutan liar tanah besar China, tetapi ditanam di seluruh dunia.[1] Hubungan antara ginkgo dan kumpulan tumbuhan lain tidak diselesaikan sepenuhnya.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Remove ads

Taksonomi

Nama genus ini diberikan Engelbert Kaempfer, seorang ahli botani Jerman, dalam bukunya Amoenitatum Exoticarum; ia dijejak daripada perumian nama ginkyō (銀杏) dalam bahasa Jepun dengan huruf Y kecil yang disalah tulis menjadi huruf G kecil.[3]:1-3 Nama ginkyō mula muncul dalam kamus Kinmō Zu'i (訓蒙図彙) yang disunting Tekisai Nakamura, seorang pakar herba, pada tahun 1666 dengan kana awal: ぎんきやうginkyau. Ia diserap daripada sebutan bertulis perkataan bahasa Cina 銀杏 (pinyin: yínxìng).[3]:2-3, 5

Remove ads

Filogeni

Setakat Februari 2013, kajian filogenetik molekul telah menghasilkan sekurang-kurangnya enam kedudukan Ginkgo yang berbeza berbanding sikad, konifer, Gnetophyta dan angiosperma. Dua kedudukan paling biasa ialah Ginkgo ialah saudara kepada klad yang terdiri daripada konifer dan Gnetophyta, dan Ginkgo dan sikad membentuk klad dalam gimnosperma. Satu kajian 2013 meneliti sebab-sebab keputusan yang berbeza dan membuat kesimpulan bahawa sokongan terbaik ialah monofili daripada Ginkgo dan sikad.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads