Grand Prix Hungary 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Grand Prix Hungary 2012 (nama rasmi: Formula One Eni Magyar Nagydij 2012)[3] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah berlangsung di Litar Hungaroring berhampiran Mogyoród, Hungary pada 29 Julai 2012.[4] Ia adalah perlumbaan kesebelas bagi musim 2012, dan ia merupakan Grand Prix Hungary yang ke-27 sebagai pusingan Kejohanan Dunia.
Lewis Hamilton memulakan perlumbaan ini dari petak pertama.[5] Romain Grosjean mendapat keputusan kelayakan terbaiknya, dengan memulakan perlumbaan di tempat kedua.[6] Hamilton memenangi perlumbaan ini, dengan Kimi Räikkönen di tempat kedua dan Grosjean di tempat ketiga.[7]
Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang ke-100 bagi Heikki Kovalainen.
Remove ads
Laporan
Latar belakang
- Perubahan regulasi
Red Bull Racing telah dirujuk kepada steward perlumbaan di Grand Prix Jerman selepas wakil Teknikal FIA, Jo Bauer, berkata bahawa peta enjin mereka berpotensi untuk melanggar peraturan-peraturan teknikal.[8] Red Bull dituduh memanipulasi hubungan antara kuasa yang dihasilkan oleh kereta Red Bull RB8 mereka dan tahap pendikit terbuka khususnya dalam sudut-sudut kelajuan sederhana di atas litar - dengan itu membenarkan lebih banyak udara melalui ekzos dan menjana lebih downforce. Red Bull dibenarkan berlumba kerana mereka tidak melanggar peraturan tetapi FIA mengumumkan rancangan untuk menulis semula peraturan-peraturan yang mengawal pemetaan pendikit untuk mengharamkan perbuataan tersebut sepenuhnya menjelang Grand Prix Hungary ini.[9]
- Perubahan pemandu
Dani Clos mengambil tempat Narain Karthikeyan untuk sesi latihan bebas yang pertama pada pagi Jumaat.[10] Jules Bianchi pula memandu kereta Nico Hülkenberg untuk pasukan Force India manakala Valtteri Bottas yang memandu untuk Williams, mengantikan Bruno Senna.
Remove ads
Klasifikasi
Kelayakan
Perlumbaan
Remove ads
Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan
- Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads