Gunung Chimborazo
Gunung berapi yang tertinggi di Ecuador From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gunung Chimborazo ialah sebuah gunung berapi strata tidak aktif terletak dalam banjaran Andes merentas dari utara ke selatan Ecuador 150 kilometer barat daya dari ibukota Quito. Ia gunung tertinggi di negara tersebut dengan ketinggian 6,263 meter dari paras laut[2] serta bahagian utara banjaran ini sepanjang Amerika Selatan.
Ia boleh dianggap gunung berpuncak paling tinggi atau titik paling jauh dari pusat Bumi berbanding Gunung Everest kerana kedudukan ia terletak hanya satu darjah ke selatan garisan Khatulistiwa yang dianggap membonjol akibat daya emparan pusingan Bumi.[3]
Gunung ini telah menarik minat para pendaki. Selain berjaya menarik minat para pendaki, Chimborazo juga menyediakan maklumat penting untuk membantu para pencinta alam.
Remove ads
Penamaan
Nama ini dikatakan datang dari ungkapan bahasa Quechua di mana chinpu bermaksud "panas membara" (candente) manakala razu bermaksud "[putih] salji" (nevado).[4] Ada juga yang menyatakan ia merupakan hasil pelat ungkapan chimbarazu iaitu "salji nun jauh sana" (snow on the other side).[5]
Geografi
Geologi

Gunung ini pernah meletus beberapa kali semasa Zaman Holosen sehingga selewat-lewatnya 550 SM.[6]
Puncak ia dilitupi glasier sejauh 4,600 meter dari puncak. Air cairan hasil ia merupakan sumber air semulajadi yang penting untuk provinsi-provinsi Bolivar dan Chimborazi dirangkumi kaki gunung ini; bahkan glasier tersebut turut menjadi sumber air batu yang dipecah-pecahkan untuk tujuan pendinginan sebelum adanya teknologi lebih moden.[7] Namun, isipadu glasier menyusut sejak beberapa dekad lepas atas sebilangan faktor utama seperti pemanasan global, letusan dari Gunung Tungurahua serta fenomena El Niño.[8][9]
Flora dan fauna
Kawasan sekitar kaki gunung ini dijadikan suatu cagar alam - Reserva Faunística de Chimborazo - yang menempatkan habitat semula jadi vikuna, llama dan alpaka.
Remove ads
Sejarah penyelidikan
Seorang pencinta alam dari Jerman, Alexander von Humboldt pernah cuba tetapi gagal mencapai puncaknya. Beliau hanya berjaya mencapai ketinggian hampir 6,100 meter. Ketinggian itu ialah satu rekod baru bagi pendaki-pendaki di Eropah pada ketika itu. Pada penghujung abad ke-19, setelah menempuhi pelbagai halangan dan rintangan, kumpulan Humboldt memulakan pendakian mereka ke puncak gunung itu, melalui pelbagai jenis permukaan tanah. Tumbuh-tumbuhan di kaki Gunung Chimborazo adalah padat, tetapi puncaknya diliputi oleh salji, dan Humboldt juga telah menyedari bahawa keadaan persekitaran dan tumbuh-tumbuhan berubah mengikut ketinggian, sama seperti ia berubah mengikut latitud.
ukan ini sahaja yang dapat diperhatikannya di sepanjang perjalanan ke Amerika Selatan; beliau juga merumuskan bahawa gunung berapi muncul di sepanjang rekahan pada lapisan permukaan Bumi. Humboldt telah menerbitkan pemerhatiannya pada tahun 1881; catatan penyelidikannya telah memberi ilham baru kepada pencinta alam abad ke-19 mengubah cara pemikiran para pencinta alam terhadap ketinggian, tumbuh-tumbuhan, dan gunung berapi. Namun begitu, kebanggaan sebagai penggapai puncak gunung tersebut tidak menjadi miliknya. Kerana tidak tahan dengan ketinggian, kumpulan Humboldt telah membuat keputusan untuk berpatah balik.
Tiada orang yang berjaya menjejaki puncaknya sehingga tahun 1880, apabila Edward Whymper, dan Louis dan Jean-Antinie Carrel mendakinya.
Kepercayaan
Gunung ini dipercayai menjadi tempat pemujaan masyarakat Inka di banjaran utara; mereka dicatat melaksanakan upacara pemberian tanda penghargaan kepada semangat gunung pemberi air serta mengelakkan kemarahan ia dengan mengorbankan llama atau anak dara disebut sebagai Capacocha.
Gunung Chimborazo turut dianggap sebagai pasangan "jantan" atau "Sang Bapa" (Taita) kepada Gunung Tungurahua yang bergelar Sang Ibu (Mama).
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
