Gunung Baekdu

gunung berapi di sempadan China-Korea Utara From Wikipedia, the free encyclopedia

Gunung Baekdu
Remove ads

Gunung Baekdu atau Gunung Paektu (ݢونوڠ بيكدو, 백두산 Paektu-san[2][3]) atau Gunung Changbai (ݢونوڠ چڠباي, 长白山 Chang-pai Shan[4]) di China merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di antara Korea Utara dan negara China. Gunung ini merupakan gunung tertinggi dalam jaluran Banjaran Changbai ke utara dan Baekdudaegan ke selatan dengan ketinggian 2,744 meter (9,003 kaki). Selain itu, ia adalah gunug tertinggi di Semenanjung Korea dan Manchuria.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Tulisan Cina Tradisional ...

Terdapat pelbagai nama yang merujuk kepada gunung ini iaitu Ch’ang Pai,[5] Chōhaku-san,[6] Hakutō,[7] Hakutō-san (白頭山),[8] Hakutō-zan,[9] Paik-to-san,[10] Pai-t’ou Shan,[11] Gunung Paitoushar,[12] Paitow Shan,[13] Pei-schan[14] dan Bai Yun Feng.

Di puncak gunung tersebut terdapat sebuah kawah bekas gunung berapi yang menjadi sebuah tasik iaitu Tasik Syurga (تاسيق شرݢ, 천지 Cheonji, 天池 Tiānchí) yang terletak di atas kaldera.

Remove ads

Tempat menarik dan landskap

Tempat menarik

Pelancong luar negara terutamanya dari Korea Selatankebanyakkannya mendaki gunung ini di sebelah negara China walaupun tempat tersebut merupakan destinasi pelancongan biasa bagi beberapa pelancong asing di Korea Utara. Terdapat beberapa monumen di bahagian Korea Utara Gunung Baekdu. Antaranya ialah "Spa Baekdu" yang merupakan mata air semulajadi dan digunakan untuk air yang dibotolkan serta tapak kem terkenal yang terletak di Bukit Pegae ini adalah kem Tentera Bersatu Anti Jepun Timur Laut (동북항일연군) yang diketuai oleh Kim Il-sung ketika penetangan mereka terhadap pemerintahan kolonial Jepun.

Pemandangan


Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads