Guzheng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Guzheng (Bahasa Cina: 古箏; pinyin: gǔzhēng; secara harfiahnya "zheng lama") ialah sejenis alat muzik bertali yang lazim dalam budaya orang Cina. Ia berbadan panjang 1.6 meter dengan rongga diperbuat daripada kayu Paulownia serta dipasangkan dengan 21, 25 atau 26 utas tali yang terengang.

Ia ditala dalam skala pancanada (pentatonik) major. Ia sering dimainkan dengan suatu pemetik daripada bahan lama seperti cengkerang dan gading tetapi malah juga bahan seperti plastik.
Binaan tertua alat ini dijumpai pada 500 SM semasa Zaman Negeri-Negeri Berperang,[1] ia kemudiannya menjadi masyhur semasa zaman Dinasti Qin antara 221 hingga 206 SM.
Remove ads
Binaan
Badan
Badan alat ini sering berhias mengikut citarasa pemain di mana ia boleh ada ukiran, saduran gewang, tampalan kepingan cengkerang dan jed malah juga lukisan dan seni khat.
Tali
Alat-alat zheng ini dahulunya menggunakan tali sutera, namun wayar besi seperti loyang mula dipakai dalam pertengahan zaman Dinasti Qing (1644-1912).[2]
Tali model guzheng moden lazim diperbuat daripada wayar keluli nipis bersalut nilon yang didapati menambahkan kedalaman bunyi yang dihasilkan sambil mengekalkan warna suara (timbre) ia.
Remove ads
Cara main

Cara main guzheng terbahagi kepada dua gaya mengikut kawasan asal:[2]
- gaya utara: asal dari Henan, Shaanxi, Shandong dan Zhejiang.
- gaya selatan: asal dari Chaozhou, Hakka dan Fujian.[3]
Turunan
Alat ini merupakan leluhur kepada seberapa alat muzik yang sama bentuk seperti:
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads