Haim Hilman Abdullah

ahli akademik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Haim Hilman Abdullah
Remove ads

Dr. Haim Hilman bin Abdullah (lahir 4 Februari 1973) merupakan ahli politik dan akademik Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Jitra sejak Ogos 2023.[1][2][3] Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Januari 2022 hingga Januari 2023.[4] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Fakta Segera Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Raja ...
Remove ads

Pendidikan

Haim Hilman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selisek, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma UiTM dan kemudian ke Universiti Portsmouth United Kingdom pada 1996.

Beliau telah memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh ijazah kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.[4]

Remove ads

Isu dan tengkarah

Tempoh perkhidmatan dipendekkan

Haim Hilman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 17 Januari 2022. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama tiga tahun.[4] Pada Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tempoh perkhidmatan beliau disingkatkan.[5] Menteri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemendekkan tempoh khidmat Haim Hilman disebabkan terdapat aduan membabitkannya.[6]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads