Mohamed Khaled Nordin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohamed Khaled Nordin
Remove ads

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (lahir 30 November 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-15 dari 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah bekas Menteri Pengajian Tinggi (2008–2013). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permas (N. 43). Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO. Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan 2022.

Fakta Segera Menteri Pertahanan, Raja ...
Remove ads

Biodata

Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Remove ads

Keluarga

YB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Kerjaya

Thumb
Khaled ketika menjawat Menteri Pengajian Tinggi dalam lawatan ke India

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Khaled telah memulakan tugasnya dalam Jemaah Menteri apabila Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi telah melantiknya bagi menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan kemudian sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2009 lalu. Seterusnya beliau dilantik pula oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi meneruskan tugas beliau di kementerian yang sama dari tahun 2009 hingga tahun 2013 lalu.

Beliau kemudiannya bertanding di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 bagi negeri Johor dan memenangi kerusi tersebut dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Johor bagi menggantikan Abdul Ghani Othman.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau tewas dalam merebut kerusi Parlimen Pasir Gudang dan tewas juga di kerusi Dewan Negeri Johor untuk Permas dalam Pilihan raya negeri Johor 2018 lalu.

Darjah Kebesaran

[1]

Remove ads

Politik

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Remove ads

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads