Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara
hari bagi memperingati kemerdekaan Borneo Utara (kemudiannya dinamakan Sabah), yang disambut pada 31 Ogos From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hari Kemerdekaan Sabah atau Hari Sabah ialah hari pemerintahan sendiri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun oleh wilayah Sabah di Malaysia. Cuti ini telah mula diterima secara meluas oleh kerajaan Sabah.


hari Sabah kali pertama disambut pada 31 Ogos 1963 selepas bebas dari penjajahan British dengan bentuk pemerintahan sendiri, namun ia kurang mendapat perhatian dan kurangnya maklumat yang sedia ada, sejak 2023 ia mula disambut secara rasmi sebagai pelengkap hari Kebangsaan, dengan Hari Sabah yang sepatutnya disambut pada 31 Ogos setiap tahun di Sabah, Malaysia [5][6][7][8] ([Note 1]), Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogos 1957, Oleh itu tarikh cuti tahunan 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pada hari ini dikenali sebagai Hari Kebangsaan Malaysia bertindih dengan tarikh Hari Kemerdekaan Sabah, persoalan bertindih ini diselesaikan pada Tahun 2023 dengan sambutan Hari Kebangsaan pada masa pagi, di Kota Kinabalu dan sambutan Hari Sabah pada masa 3 Petang, di Tambunan, pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos [9][10][11][12].
Hanya sejak tahun 2012, cuti itu telah diterima banyak oleh Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah sebagai Hari Kebangsaan Khas Sabah, sebab bagi sesetengah Rakyat Sabah dan Ahli Politik Sabah, menganggap Hari Merdeka itu bukan hak hari perayaan bagi negeri ini.[13][14][15][16][17] Pada tahun 2018, Yayasan Warisan Borneo (BHF) telah menyeru kepada kerajaan negeri untuk mewartakan hari tersebut sebagai "Hari Sabah" dan mengisytiharnya sebagai hari cuti.[18]

Remove ads
Perihal
Sejarah singkat
Hari Sabah akan disambut buat kali pertama sejak 1963 menjelang 2022 dan seterusnya, selepas kerajaan negeri meluluskan cadangan untuk mewartakan 31 Ogos sebagai "Hari Sabah" pada 2021.[20] Ini akan melengkapi sambutan Hari Merdeka ([Note 2]), yang disambut secara meluas di Sabah sejak sekian lama, Hari Sabah yang secara rasmi akan disambut buat kali pertama iaitu pada Tahun 2023 [21], yang menandakan Sabah sudah merdeka sejak 60 Tahun lepas (setakat Tahun 2023), yang ianya bebas dari Penjajahan British, sebelum bergabung, dengan Sarawak dan Semenanjung membentuk negara baharu Bernama Malaysia, pada 16 September 1963 [22].
Sambutan Hari Sabah digabungkan dengan Sambutan Hari Kebangsaan, pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos, dengan masing-masing sambutan pada beza masa sahaja [23].
pada tahun 2024, kerajaan Wilayah Sabah secara rasmi telah membuat keputusan untuk merayakan kedua-dua Hari Kebangsaan dan Hari Sabah secara bersamaan, setiap 31 Ogos, yang bermaksud tidak sesekali melupakan kedua-dua acara tersebut, yang dikenali sebagai Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2024 ataupun Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah sebagai perubahan nama dari nama asal iaitu Sambutan Hari Kebangsaan [24].
pada tahun lepas (2023), Hari Sabah belum diwartakan secara rasmi, hanya sebagai sambutan secara rasmi (selepas 60 tahun kemudian dari 1963), lalu pihak pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Tahun 2024 Mohd Sofian, ada menjangkakan lebih dari 10,000 orang akan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah pada masa pagi, sementara itu menjangkakan lebih dari 15,000 orang akan menghadiri sambutan Hari Sabah pada masa lewat petang (malam), kedua-duanya dilaksanakan pada 31 Ogos [25], beliau juga ada mempelawa masyarakat yang berada di sekitar Kota Kinabalu untuk menghadiri dan meriahkan sambutan tersebut [26].
Pandangan dari beberapa pihak
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menganggap sejarah Hari Sabah, sebagai tercicir sebab ia tidak dirayakan secara rasmi selama 6 dekad ([Note 3]) dengan pernyataan sebagai berikut
berdasarkan rekod sejarah, 31 Ogos 1963 ditetapkan sebagai Hari Kemerdekaan Sabah yang sepatutnya berlaku serentak dengan pengisytiharan Malaysia namun pembentukan negara baharu itu hanya direalisasikan pada 16 September 1963. [27]
Dan diikut dengan sebagai berikut
tarikh 31 Ogos itu diputuskan oleh Majlis Undangan Borneo Utara pada 8 Ogos 1963 sebagai tarikh kemerdekaan Sabah yang tetap dijadikan kenyataan walaupun Malaysia tidak dapat dibentuk pada tarikh sama. [27]
Lalu beliau juga menekankan bahawa Sabah ([Note 4]) pernah merdeka sebelum bergabung bersama Sarawak, Semenanjung dan Singapura membentuk Malaysia, pada 31 Ogos 1963, sebagai memberi kesedaran pada Rakyat Malaysia di Sabah [28].
Selain itu beliau juga menyokong untuk memasukan Hari Sabah pada buku teks sejarah [29], dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut:
Menghidupkan kembali sejarah yang hilang ini amat penting kerana ketika itulah kita menuntut hak sama rata dengan Sarawak dan Tanah Melayu (Semenanjung). [30]
Dari itu beliau juga mengkaitkan perayaan Hari tersebut dengan status rakan kongsi sama rata ([Note 5]), dengan dasar dari pindaan perlembagaan persekutuan pada tahun 2022 yang mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dengan Semenanjung Tanah Melayu sebagai keadaan semasa perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani [31], dengan pernyataan sebagai berikut:
Malaysia akan lebih maju apabila kita dianggap rakan kongsi sama rata. Kita akan dapat menuntut hak kita dengan lebih berkesan kerana status kita sebagai rakan kongsi sama rata dan hak kita termaktub dalam Perlembagaan. [31]
Lalu beliau juga menyatakan bahawa jika Malaysia tidak wujud pada 16 September 1963, Sabah (Borneo Utara) akan menjadi satu diantara ahli dalam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) dengan pernyataan sebagai berikut
Tetapi kerana pemimpin kita setia kepada projek Malaysia, mereka tidak meninggalkannya, mereka tidak meninggalkan Tunku Abdul Rahman dan bersetuju untuk meneruskan projek Malaysia dan membentuk Malaysia. [32]
Lalu pihak timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Mustapha Sakmud, menekankan bahawa sambutan Hari Sabah ialah menjadi sejarah baharu, sebab sejak tahun 2024, ia dirayakan bersamaan dengan Hari Kebangsaan [33], dengan pernyataan beliau sebagai berikut:
Ini adalah satu sejarah baru bagi negeri ini dan kita mahu supaya semua penduduk rakyat Malaysia di Sabah bersatu padu dalam satu bumbung untuk kita memastikan bahawa negeri dan negara ini akan terus terpelihara dari segi keamanan dan juga keselamatan. [34]
Lalu ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, memberi pernyataan yang sambutan Hari Sabah ialah bukti bahawa semangat kebangsaan rakyat memiliki keazaman kuat untuk bebas daripada penjajah serta tidak sama sekali mengiktiraf tuntutan dari pihak luar Malaysia [35][36][37].
Dengan pernyataan dari beliau sebagai berikut:
kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan kerana rakyat negeri ini memilih untuk bersama-sama membentuk negara Malaysia. [38]
Lalu dilengkapkan dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut:
Matlamat kita adalah jelas, iaitu mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. [39]
dan juga sebagai berikut:
Kita percaya, dengan hubungan yang akrab dengan kerajaan Persekutuan, ia akan memudahkan segala urusan termasuk membabitkan Perjanjian MA63, atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan dan kenegaraan. [39]
Dan pihak ketua menteri Sabah, juga menekankan bahawa Hari Sabah ialah sebagai bukti kukuh, yang dimana Sabah telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, lalu beliau juga menyatakan apabila Sabah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963, menamatkan pemerintahan penjajah British, ia menolak tuntutan luar dan serantau, dan Beliau juga berkata rakyat wilayah tersebut telah memilih untuk membentuk negara Malaysia [40].
Lalu pihak Menteri pembangunan usahawan dan koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan yang Hari Sabah yang diwartakan dan disambut pada julung kali tahun 2024 (selepas sambutan rasmi tahun 2023), ialah sebagai sebuah sejarah dalam pentadbiran ketua menteri Sabah [41].
Lalu bagi pihak Fakulti Kemanusiaan, Kesenian dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Bilcher Bala menganggap merayakan hari Sabah ialah bentuk menghormati kenangan pejuang kemerdekaan Borneo Utara, Sabah, serta pengorbanan mereka untuk berkerajaan sendiri, mengelakkan penjajahan [42] lalu beliau juga menamakan beberapa pahlawan/wira-wira Sabah dengan sebagai berikut:
Remove ads
Sambutan secara rasmi pada Tahun 2023
April-September 2023
pada Akhbar tempatan Malaysia, The Borneo Post, ada menyebutkan bahawa, pihak Parti Solidariti Tanahairku Sabah (STAR Sabah), membaharukan harapan untuk merayakan Hari Sabah, pada 31 Ogos di seluruh wilayah Sabah, Wakil Presiden parti Chua berkata, kesemua Rakyat Sabah, berharap dapat merayakan hari penting itu, dalam sebahagian sejarah penting Sabah, selepas diwartakan secara rasmi oleh kabinet negeri.[43]
Chua juga menambahkan
“Parti politik Sabah sendiri boleh menganjurkan konvensyen yang sama juga sempena Hari Kemerdekaan kita sendiri kerana kita mempunyai sejarah dan hala tuju politik kita sendiri. Jenama politik kami sendiri memenuhi aspirasi sebenar rakyat Sabah,”
.[43] wakil presiden Parti STAR Sabah tersebut, juga berkata,
Sabah (ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara) memperoleh kemerdekaan daripada jajahan Mahkota British pada 31 Ogos 1963. Dari 1 hingga 15 September tahun itu, Sabah benar-benar telah dibebaskan dan benar-benar sendiri. Pada 16 September, bagaimanapun, Sabah, bersama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak membantu membentuk Malaysia
.[43] dan ditekankan lagi
“Selama dua minggu, kami secara teknikalnya adalah ‘negara’. Kita adalah sebuah negara yang merdeka. Kita sepatutnya menentukan masa depan kita sendiri,”
.[43]
dan pada Tahun lepas (2022), ketika mengumumkan Hari Sabah akan disambut di seluruh negeri pada 31 Ogos tahun 2023, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden STAR Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata negeri itu penting kerana ia adalah hari Sabah menjadi negara merdeka pada 1963.[43]
Beliau berkata
Hari Kebangsaan Malaya pada 31 Ogos yang telah lama diperingati oleh semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Sabah, tidak ada kena mengena dengan Sabah serta Sarawak
.[43] Beliau juga berkata
arkib sejarah menunjukkan bahawa pada 8 Ogos 1963, Dewan Undangan Negeri Borneo Utara sebulat suara memutuskan untuk mengumumkan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos tahun itu, tidak kira sama ada Malaysia menjadi kenyataan pada hari itu atau tidak
.[43] pada 21 Ogos 2023 ada diumukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bahawa sambutan Hari Sabah akan diadakan buat kali pertama pada 31 Ogos 2023 [44][45][46], kesemua pemimpin di Sabah mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri untuk menyambut Hari Sabah secara rasmi, satu diantara pihak tersebut iaitu Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin, berkata
Selepas beberapa tahun berjuang, berita ini pastinya memberi kegembiraan dan kelegaan kepada SAPP, Sabah STAR dan semua pejuang Hari Sabah, Pengumuman ini membuka lembaran sejarah baharu untuk rakyat Sabah.
[47]. sambutan Hari tersebut menjadi rasmi buat kali pertama bagi Wilayah dan Rakyat Sabah [48], dengan pernyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yaitu,
Sabah akan menyambut Hari Sabah sulungnya pada 31 Ogos untuk memperingati hari ia merdeka daripada pemerintahan British 60 tahun lalu
, Hari Sabah tersebut akan dilaksanakan sebagai bentuk memperingati Hari Sabah yang ke 60 sejak tahun 1963 [49]. lalu juga ditekankan oleh beliau yaitu
Kabinet negeri memutuskan minggu lepas bahawa sambutan Hari Sabah yang pertama diadakan di Tambunan pada pukul 3 petang, selepas sambutan Hari Kebangsaan di negeri itu.
, yang bermaksud selepas sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada masa pagi [50], ia akan disambut di Tambunan [51][52] pada masa 3 Petang [9], sejauh 75 Kilometer tenggara dari Kota Kinabalu [10], juga diketahui bahawa Tambunan menjadi lokasi pertama untuk menjalankan sambutan tersebut, lalu pada tahun selanjutnya akan diadakan di kawasan lainnya di seluruh Wilayah Sabah, yang akan disambut setiap tahun [53].
Berdasarkan laporan sejarah, Sabah diberi kebebasan oleh British untuk berpemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963 [54].
Tarikh berkenaan serentak dengan ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang keenam, selepas merdeka daripada British pada 31 Ogos 1957 [54].
Selepas itu, Sabah kemudian sama-sama membentuk persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 16 September 1963 [54].
dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata
Hari Sabah akan diadakan buat julung kalinya di Tambunan selepas 60 tahun kita merdeka, Terima kasih kepada kerajaan negeri. Kabinet negeri akhirnya bersetuju untuk menyokong penganjuran rasmi majlis ini pada 31 Ogos setiap tahun, dengan syarat ia tidak bertembung dengan program lain di peringkat kebangsaan.
[55]. lalu ditambah dengan pernyataan beliau selanjutnya iaitu
Sehubungan itu, sebagai pengerusi sambutan Hari Sabah yang diadakan di Tambunan pada 31 Ogos ini, saya mempelawa rakyat Sabah, datang dengan pakaian tradisional masing-masing sambil merayakan identiti budaya dan kepelbagaian yang membentuk warisan Sabah
[56]. dan beliau juga berkata sejak tahun 2022 iaitu
Hari Sabah akan disambut di seluruh negeri mulai tahun ini sebaik sahaja ia diwartakan secara rasmi oleh Kabinet Sabah.
[57].
sambutan Hari Sabah, akan diadakan di Kompleks Sukan Tambunan pada masa 3 Petang, lalu dilanjutkan dengan sambutan di dewan dataran Pisompuruan pada masa 6 Petang, pada 31 Ogos 2023 [58].
dan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik, berkata
walaupun berbeza idea dan pandangan mengenai Hari Sabah namun sebagai Sabahan, semua pihak (pemimpin dan rakyat) wajar sepakat dan bersatu untuk meraikannya sekaligus membuktikan semangat kebersamaan dan kesatuan.
[59]. pada kepentingan Hari Sabah, pihak Timbalan Ketua Exco Wiramuda StarSabah Prem Kitingan, berkata
Sabah kini telah mengiktiraf identitinya sendiri, sebuah negara merdeka di dalam Malaysia bersama-sama Tanah Melayu dan Sarawak. Ini akan membantu memperkasakan rakyat Sabah untuk bersatu dalam solidariti bagi membina negara yang lebih kukuh bersama.
Rakyat Sabah akan mempunyai lebih banyak iltizam politik, kesedaran yang tinggi tentang hak-haknya di Malaysia, di mana kita boleh menuntut lebih banyak hak dan kepentingan kita bagi menekankan bahawa Malaya, Sabah, dan Sarawak adalah rakan kongsi sama rata yang membentuk Malaysia.
“60 tahun adalah tempoh masa yang lama, dan Dr Jeffrey berjaya melakukannya dalam tempoh tiga tahun dalam kerajaan.”
[60]. Dan Pihak Aktivitis iaitu bekas CEO Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Johan Arriffin Samad, berkata
Hari Sabah disambut pada 31 Ogos bagi menandakan berakhirnya pemerintah kolonial seterusnya menegaskan identiti negeri itu
[61][62]. dan pihak Bekas Adun Petagas Datuk James Ligunjang JP, berkata
Meraikan Hari Kemerdekaan Sabah bersama-sama Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos akan memupuk perpaduan, keharmonian dan integrasi nasional. Ia akan menggalakkan kita untuk merenung sejarah kita bersama dan aspirasi bersama dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
[63].
Pada 31 Ogos 2023, sambutan secara rasmi Hari Sabah, diadakan pada kali pertama [64], di Tambunan pada masa 3 Petang, selepas sambutan Hari kebangsaan di Kota Kinabalu, pada masa Pagi [65].
Lalu pihak Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata
Hari Sabah merupakan satu lagi acara rasmi yang sangat bersejarah dan signifikan kepada seluruh rakyat Sabah, bukan saja untuk generasi hari ini, juga generasi masa lalu dan masa depan
[66][67][68][69][70][71][72]. Lalu beliau juga berkata
Hari Sabah telah diisytiharkan sendiri oleh Governor British, Sir William Goode pada 28 Ogos, 1963 di Jesselton, dengan mengisytiharkan bahawa Sabah akan mempunyai kerajaannya sendiri dengan menggunapakai Perlembagaan Negeri yang baharu, berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963. Selaras dengan perisytiharan itu, setiap daerah telah diarah untuk membuat persiapan bagi mengadakan sambutan sempena Hari Sabah pada 31 Ogos 1963.
[66]. Dengan diikuti oleh pernyataan dari beliau dengan sebagai berikut,
perkembangan positif yang berlaku menjelang 31 Ogos, 60 tahun yang lalu itu, ada hubungkaitnya dengan gerakan pungutan suara yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold ke atas rakyat Borneo Utara (Sabah), bermula pada Februari 1962, berkaitan penubuhan sebuah negara baharu yang dinamakan Federation of Malaysia.
Empat wilayah yang terlibat di dalam usaha penyatuan itu ialah Malaya (Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura.
dalam konteks negeri Sabah, majoriti rakyat di negeri ini bersetuju bergabung dengan tiga wilayah yang lain iaitu Melaya Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura, bagi menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Disebalik sejarah berhubung perjuangan bagi membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajah, kita pada hari ini seharusnya mengambil pendekatan yang positif atas nama kedaulatan dan maruah bangsa.
Justeru, keputusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengadakan semula sambutan Hari Sabah ini sebagai memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah Inggeris di bumi Sabah.
Sementara Sarawak pula lebih awal telah mengisytiharkan 22 Julai setiap tahun sebagai Hari Sarawak.
sejarah negeri ini bukan sahaja perlu dikekalkan, bahkan wajib dihayati oleh seluruh rakyat, agar kita tidak lupa akan sejarah silam tentang pembentukan kerajaan dan kewujudan negeri Sabah yang sah di sisi undang-undang dan perlembagaan.
Kerajaan British telah memberikan laluan kepada kita untuk membentuk masa depan sendiri, dan jalan itu terbuka dengan seluas-luasnya tanpa sebarang pertelingkahan atau pertumpahan darah.
Dengan terbentuknya kerajaan sendiri disamping penggunaan Perlembagaan Negeri yang baharu, ia merupakan permulaan (prelude) kepada perisytiharan lebih besar iaitu pembentukan Persekutuan Malaysia yang merangkumi empat wilayah utama iaitu Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura.
[66]. Setelah itu beliau juga berkata,
kepentingan Hari Sabah mengatasi pencapaian sejarah semata-mata adalah bukti semangat pantang menyerah orang Sabah, dahulu, sekarang, dan akan datang.
Ia adalah satu pengiktirafan terhadap budaya, tradisi dan falsafah keunikan kita yang telah membentuk kita menjadi diri kita hari ini- Masyarakat majmuk yang bersatu dalam kepelbagaian budaya dalam Masyarakat.
Atas semangat Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada hari yang sangat bersejarah ini, beliau mengajak generasi hari ini agar menghargai dan mengenang jasa serta bakti para pemimpin terdahulu dan pasukan keselamatan yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka, bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan kita semua.
[66]. Dan diakhiri dengan pernyataan dengan sebagai berikut,
Marilah kita raikan sambutan ini dengan penuh kesyukuran atas nikmat yang diberikan kepada kita semua selaku anak-anak pribumi yang bertuah, yang sentiasa berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera. Ingatlah, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang kita kecapi ini hendaklah dipelihara dan dikekalkan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
[66].
sambutan Hari Sabah, dimulakan secara rasmi, selepas 60 tahun [73][74][75][76], Sambutan itu diserikan dengan perarakan kira-kira 500 peserta daripada 100 kontinjen antaranya agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tambunan serta Persatuan Kebajikan Prihatin Sabah dan Sekolah Adat Negeri Sabah [77][78].
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata
sambutan semula Hari Sabah itu bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu dan pasukan keselamatan dalam memastikan Sabah serta negara aman dan makmur.
[79], selain Ketua Menteri Sabah, Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan selaku pengerusi sambutan Hari Sabah 2023 [80][81]. lalu Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata
tanggungjawab kini terletak kepada kerajaan negeri untuk menguruskan perkongsian itu dengan bijak.
[82]. dan Pihak Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri T.C Goh, berkata
Pengiktirafan kerajaan negeri terhadap Hari Sabah, dan menjadikannya sebagai sambutan tahunan bermula tahun ini, adalah langkah tepat yang lebih menceritakan sejarah Sabah dan kepentingannya.
[83]. Dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata
walaupun tarikh meraikan sambutan diwartakan pada 31 Ogos 1963 itu lewat apabila hanya diadakan bermula tahun ini, ia tetap momen menggembirakan dan menyaksikan negeri berkenaan akhirnya dapat meraikan sambutan kemerdekaannya sendiri.
[84].
Remove ads
Pewartaan pada Tahun 2024
Julai 2024
pada 5 Julai 2024 hingga pertengahan Julai 2024, di beberapa laman web berita tempatan Malaysia seperti The Borneo Post, Free Malaysia Today, BERNAMA, Astro Awani, The Star, Harian Metro, Borneo Daily Bulletin, Sabah Baru News, Radio Televisyen Malaysia dan Daily Express (Malaysia), ada mengumumkan bahawa Kerajaan Wilayah Sabah telahpun secara rasmi mewartakan Hari Sabah pada 31 Ogos [85][86], pewartaan ini dilakukan 61 tahun selepas bendera Union Jack diturunkan di Jesselton (kini Kota Kinabalu) [87], pewartaan tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Seri Safar Untong, bahawa pewartaan tersebut dibuat pada 5 Jun 2024 [88], lalu diterbitkan pada 20 Jun 2024 [89][90] dan pewartaan tersebut dijalankan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin [91][92].
lalu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga menekankan bahawa Pengisytiharan 31 Ogos, sebagai Hari Sabah yang diwartakan oleh Kerajaan Sabah, ialah sebagai hari bersejarah [93], lalu beliau juga berkata
perkara itu telah diputuskan Kerajaan melalui Kabinet negeri sebelum diwarta pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lalu.
[94], lalu diikuti dengan sebagai berikut
"Memang itu diputuskan oleh Kerajaan oleh Kabinet, tujuannya adalah untuk kita memperingati hari Sabah sebagai satu hari amat bersejarah bagi negeri Sabah."
[94] dan di akhiri dengan perkataan sebagai berikut
"Jadi Kerajaan berpendapat bahawa ianya perlu diwartakan untuk diperingati"
[94], walaupun itu Beliau juga menegaskan Hari Kebangsaan akan disambut meriah seperti biasa, dengan maksud tiada kekeliruan antara Hari Kebangsaan (Hari Kemerdekaan) sejak 1957 dan Hari Sabah sejak 1963, yang sama sama dirayakan pada 31 Ogos terutamanya pada konteks penganjuran sambutan [95], dengan pernyataan beliau sebagai berikut
"Tidak ada (kekeliruan), kita teruskan perayaan Hari Kebangsaan. Kita dalam satu negara yang sudah merdeka tetapi kalau ada sikit-sikit acara mengenai peringatan Hari Sabah, kita benarkan,"
[95] dan dilengkapi dengan sebagai berikut
"Tetapi ia (penganjuran aktiviti Hari Sabah) tidak boleh menganggu program Hari Kebangsaan."
[95].
Pihak Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Maijol Mahap, meyambut baik keputusan Kerajaan Wilayah Sabah, dengan menganggap tindakan Kerajaan Wilayah Sabah sebagai langkah bersejarah dan pencapaian penting dilakukan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor [96].
selain itu Pihak Timbalan Ketua Exco Wiramuda STARSabah Razzidin Robert menganggap pengisytiharan 31 Ogos sebagai Hari Sabah, menandakan bahawa Wilayah Sabah telahpun memasuki babak baharu dalam sejarahnya, dan beliau juga menekankan bahawa Hari Sabah bukan sekadar suatu tarikh dalam kalendar, tetapi ia melambangkan semangat dan semangat juang bangsa Sabah untuk terus maju ke hadapan [97].
Ogos 2024
selepas pewartaan Hari Sabah, dan Penggabungan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah (dirayakan secara bersamaan), adanya pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2024, yang akan dilaksanakan pada 7.30 Pagi (Waktu Piawai Malaysia, UTC+8), pada 1 Ogos 2024 [98][99].
Orang ramai dipelawa untuk hadiri acara tersebut, lalu pihak Ketua Urus Setia majlis berkenaan, Dr. Benedict Oliver Lidadun ada berkata,
pelbagai pengisian akan dilaksanakan sempena majlis tersebut yang bertujuan untuk menggelorakan semangat nasionalisme khasnya dalam kalangan rakyat Sabah.
dan acara tersebut juga disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan antara pengisian majlis adalah agihan bendera, persembahan pentas, sambutan daripada pelajar sekolah dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Negeri Sabah [100][101]. dan pihak ketua menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata
Sejak Hari Sabah diwartakan pada Jun lalu, rancangan telah dijalankan untuk menjadikan peringatannya sebagai hari yang indah dengan Hari Kebangsaan.
"Saya berharap tiada kekeliruan mengenai perkara ini terutamanya dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan dengan Hari Sabah, kerana 31 Ogos akan menjadi satu lagi tanda perpaduan dalam kalangan rakyat kita sambil kita bekerjasama untuk membina negeri tercinta kita"
dengan penegasan beliau iaitu Hari Sabah adalah penting kerana ia menandakan berakhirnya penjajahan British di Sabah pada 31 Ogos 1963, sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September tahun yang sama [102]. lalu beliau juga berkata
Kita mahu rakyat, terutamanya generasi muda, lebih tahu tentang sejarah bukan sahaja menyambut Hari Kebangsaan tetapi juga Hari Sabah. [103]
dan diikuti dengan pernyataan sebagai berikut
Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah semangat kita untuk terus membangun dan memajukan negeri ini dan negara kita tercinta bersama-sama. [103]
pada 31 Ogos, Hari Kebangsaan akan disambut bersama dengan Hari Sabah [104][105].
Lalu pihak Ketua Program Sejarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Eko Prayitno Joko, menyatakan bahawa Hari Sabah sepatutnya melangkaui sambutan rutin dan sebaliknya berfungsi sebagai pengiktirafan bermakna terhadap sumbangan sejarah dan budaya negeri [106].
Lalu pihak Ketua Menteri Sabah, juga menegaskan iaitu meraikan tarikh bersejarah Hari Sabah bersama Hari Kebangsaan bukan bertujuan menggantikannya, tetapi untuk meningkatkan perpaduan negara [107].
sambutan Hari Sabah tahun 2024, ia akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin [108].
Hari Sabah pada tahun 2024, dirayakan di Jalan Tun Fuad Stephens, perayaan hari tersebut dimulakan dengan perarakan Bendera Jalur Gemilang dan Bendera Wilayah Sabah, lalu Bendera Wilayah Sarawak dan bendera kesemua Negeri lainnya, serta 185 kontijen terdiri dari pasukan keselamatan, jabatan dan agensi kerajaan, badan beruniform, persatuan dan sekolah [109].
September 2024
Pihak Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib menganggap Hari Kebangsaan pada tahun 2024 ialah hari istimewa kepada rakyat Malaysia di Wilayah Sabah sebab dilengkapi dengan sambutan Hari Sabah, selepas ia diwartakan pada 5 Jun 2024 [110].
Remove ads
Nota
- Sarawak menyambut Hari Sarawak pada 22 Julai, Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, dan Hari Malaysia disambut pada 16 September di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak
- 60 tahun dari 1963-2023, hanya pada 2023 ia mula dirayakan secara rasmi, dan pewartaan secara rasmi pada 2024
- dahulu sebagai Borneo Utara
- yang bermaksud Semenanjung, Sarawak dan Sabah ialah sejajar dalam perjanjian Malaysia 1963
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads