Harris Salleh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Harris Salleh
Remove ads

Tan Sri Dato' Harris bin Mohd Salleh dilahirkan pada 4 November 1930 di Labuan merupakan seorang ahli politik Sabah yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah ke-6 dari tahun 1976 hingga 1985. Sehingga kini, beliau sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam hal ehwal rakyat Sabah. Beliau merupakan pengasas kepada parti BERJAYA yang ditubuhkan pada 15 Julai 1975.

Fakta Segera Tan Sri Dato', Didahului oleh ...
Remove ads

Penglibatan Awal Dalam Politik

Pada awal kerjayanya, beliau merupakan seorang kerani di Pejabat Peguam dan memilih untuk meletak jawatan pada tahun 1963 untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai parti United Sabah National Organisation (USNO) yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun serta beliau turut dilantik sebagai Setiausaha Agung parti USNO.

Pada kabinet pertama Tun Fuad, beliau diberi portfolio sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Beliau menyandang jawatan tersebut dari 31/8/1963 hingga 28/6/1964. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Pada kemenangan USNO dalam pilihan raya Sabah 1967, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah ke-3, Tun Datu Mustapha Harun.

Remove ads

Parti BERJAYA

Tan Sri Harris Salleh merupakan mantan Presiden BERJAYA yang kedua (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) dari 1976 sehingga beliau mengundur diri pada 1985.

Pada 1975, beliau membuat keputusan meninggalkan USNO lalu menubuhkan parti baru iaitu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang disertai oleh Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah pertama dan juga president Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Bersatu (UPKO) pada masa itu.

Beliau menubuhkan parti berbilang kaum 'BERJAYA' dimana matlamat parti ini ialah menjadikan pentadbiran lebih telus dan berkesan di Sabah. Parti ini fokus kepada pembangunan ekonomi terutamanya dalam sektor luar bandar, pertanian dan infrastruktur serta memperbaiki taraf hidup rakyat Sabah. BERJAYA turut beraspirasi mewujudkan hubungan lebih erat dengan kerajaan persekutuan Malaysia dan memastikan Sabah sentiasa membangun sejajar dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Parti ini memastikan reformasi politik Sabah dan perpaduan masyarakat Sabah mempunyai masa depan yang stabil dan makmur.

Pada pilihan raya Sabah 1976, BERJAYA telah mendapat kepercayaan rakyat Sabah dan mengalahkan USNO. Kemudian, beliau telah diberi mandat menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-6 (6 Jun 1976 hingga 22 April 1985) untuk memimpin kabinet kerana kepimpinanya dalam parti serta menunaikan dasar dan janji mereka untuk perubahan di Sabah. Rakyat Sabah ketika itu turut mencari pembaharuan, terutamanya dalam bidang seperti permbangunan luar bandar, infrastruktur dan hubungan antara negeri dan persekutuan. Pendekatan beliau mampu membantu memupuk pertumbuhan ekonomi dan membawa Sabah ke era pembangunan sejajar dengan agenda negara pada masa itu.

Pada Pilihan raya negeri Sabah 1981, parti BERJAYA pimpinan beliau menang besar, mendapat 44 dari 48 kerusi ADUN yang dipertandingkan. Parti Berjaya dibawah pimpinan beliau telah menewaskan parti USNO yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Namun begitu, BERJAYA kalah kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya Sabah 1985.

Remove ads

Sumbangan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads