Tenom

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tenommap
Remove ads

5.8084°N 102.1477°E / 5.8084; 102.1477

Fakta Segera Fort Birch, Negara ...

Tenom (Sebutan bahasa Melayu: [te.nom]) terletak di Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah, Malaysia. Pekan Tenom juga terletak di selatan Kota Kinabalu. Pekan Tenom merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Tenom. Majoriti penduduk pekan Tenom adalah Murut dan sebilangan orang Kadazandusun serta Lundayeh.

Remove ads

Sejarah

Pada mulanya, nama Tenom ialah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Birch (1901-1904) . Bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.

Perhubungan

Thumb
Perkhidmatan keretapi di Tenom

Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kereta api daripada Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.

Pentadbiran

Pekan Tenom berada di dalam Daerah Tenom dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tenom.

Galeri

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads