Helicobacter pylori
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jangkitan Helicobacter pylori ialah sejenis jangkitan yang biasanya berlaku pada perut dan berpunca dari bakteria Helicobacter pylori.[2] Jangkitan ini biasanya tidak mempunyai gejala; tetapi boleh mengakibatkan gastritis (keradangan perut) atau ulser perut.[1] Gejala-gejala terlibat mungkin termasuk sakit perut, loya dan pedih ulu hati.[2] Jangkitan juga dikaitkan dengan gastritis atropik, kanser gastrik dan limfoma jenis limfoid mukosa (MALT).[1][2]
Bakteria yang berkait rapat dengan jangkitan ini dipercayai merebak kebanyakannya melalui laluan tinja-mulut dan mungkin mulut-mulut.[1] Antara faktor-faktor risiko terlibat termasuklah penetapan di kawasan yang penyakit itu biasa berlaku dan kemiskinan.[1][2] Helicobacter pylori ialah bakteria gram-negatif, bermikroaerofil, berbentuk batang melengkung.[1] Diagnosis penyakit ini adalah melalui ujian nafas urea, ujian antigen najis, ujian urease pantas, atau biopsi tisu.[1] Serologi mungkin menunjukkan sama ada jangkitan semasa atau jangkitan lampau.[1]
Kes penyakit yang tanpa kewujudan gejala tidak memerlukan rawatan khusus.[1] Namun sekiranya berlaku sebaliknya, gabungan perencat pam proton (PPI), bismut subsalisilat, metronidazola dan tetrasiklina boleh digunakan.[1] Jika bakteria tersebut mempunyai rintangan ubat-ubatan yang rendah pada kawasan yang dikenal pasti, klaritromisin, dan amoksisilin atau metronidazola boleh digunakan.[1] Vaksin H. pylori sedang dibangunkan pada 2015.[2]
Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia telah dijangkiti pada tahun 2015, dengan perkara ini lebih biasa berlaku di negara-negara membangun.[3][1] Jangkitan ini selalunya bermula pada zaman kanak-kanak.[2] Kira-kira 5% kanak-kanak di bawah 10 tahun di Amerika Syarikat terjangkit.[2] Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kadar penyakit ini telah menurun di banyak negara.[4] Bakteria ini mula dikenal pasti pada tahun 1982 oleh doktor Australia Barry Marshall dan Robin Warren.[5] [6]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
