Penyakit seliak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Penyakit seliak
Remove ads

Penyakit seliak ialah gangguan autoimun jangka panjang yang terutamanya memberi kesan kepada usus kecil. Gejala-gejala klasik termasuk masalah perut usus seperti cirit-birit kronik, kembung abdomen, malabsorpsi, kehilangan selera makan dan di kalangan kanak-kanak tidak dapat membesar secara normal.[5] Ini sering bermula antara enam bulan dan dua tahun.[5] Gejala tidak klasik adalah lebih biasa, terutama pada orang yang lebih tua daripada dua tahun.[6][7][8][9] Mungkin terdapat simptom gastrousus yang ringan atau tidak, pelbagai gejala yang melibatkan mana-mana bahagian badan atau tidak ada gejala yang jelas.[5]

Fakta Segera Nama lain, Pengkhususan ...

Penyakit seliak pertama kali digambarkan pada zaman kanak-kanak;[6][10] Walau bagaimanapun, ia boleh berkembang pada bila-bila masa.[5][6] Ia dikaitkan dengan penyakit autoimun lain, seperti diabetis melitus jenis 1 dan tiroiditis, antara lain.[10]

Remove ads

Tanda dan gejala

Pucat, tinja atau kotoran yang berminyak (steatorrhoea) dan penurunan berat badan atau sulit untuk menambahkan berat badan merupakan gejala klasik penyakit ini. Ada juga kes seliak yang bergejala tidak terlihat yang pada organ selain dari usus itu sendiri,[11] malah penyakit celiac boleh dideritai tanpa sebarang gejala lazim[12] - keadaan ini dilihat pada 43% kasus diperhatikan dalam kalangan anak-anak.[13]

Banyak individu dewasa yang berpenyakit ini hanya mengalami kelelahan atau anemia.[14]> Kebanyakan mereka yang tidak diagnosis pada asalnya menyangka diri tidak bergejala kerana keterbiasaan mereka mengalami keadaan yang seolah-olah normal atau biasa; justeru mereka dapat memahami keadaan sebenar serta gejala berkaitan dengan penyakit seliak setelah memulakan pengambilan diet bebas gluten yang menyebabkan peningkatan kesihatan jelas dan ketara.[2][15][16]

Remove ads

Faktor penyebab

Penyakit seliak disebabkan oleh tindak balas badan terhadap gliadin dan glutenin[17] iaitu jenis protein terkandung pada tanaman suku-suku Triticeae (termasuk bijian gandum, barli dan rai)[12] dan suku Aveneae (oat).[12][18] Subspesies gandum tertentu (seperti durum dan Kamut) dan hibrid gandum (seperti triticale) juga boleh memicu gejala penyakit ini.[18][19]

Tahap ketahanan badan penderita seliak terhadap gluten oat terutamanya bergantung pada kultivar oat yang dimakan kerana terdapat sesetengah kultivar yang mengandungi gen prolamin, urutan asid amino pembentuk protein serta tindak balas imun dari prolamin beracun yang berbeda di antara jenis-jenis oat itu sendiri.[20][21] Terdapat juga kemungkinan menderita seliak kerana oat yang dimakan tidak tulen (yakni, tidak dicemari bijirin mengandung gluten lainnya[20]) hasil kontaminasi silang dengan biji-bijian bergluten lain semasa pengilangan.[20][21][22] Kesan jangka panjang dari konsumsi oat tulen masih belum jelas[23] maka kajian mengenlapasti kultivar yang diperlukan hendak dilaksanakan lebih lanjut sebelum rekomendasi penerapan dalam program diet bebas gluten bisa dibuat.[22] Orang yang cenderung mempunyai penyakit ini tapi memilih memakan oat disyorkan menjalani rutin khusus yang lebih ketat, termasuk penjalanan biopsi usus secara berkala.[23]

Remove ads

Diagnosis

Diagnosis seringkali sangat sukar dilakukan sehingga kebanyakan kasus didiagnosa dengan tahap penundaan yang besar.[24] Terdapat beberapa ujian yang bisa dilakukan yang dapar menentukan tahap penyakit yang dialami mengikut tahap gejala yang dikesan, namun ujian sebegini akan hilang keberkesanannya apabila pesakit sudah menjalani diet bebas gluten. Usus pesakit akan mula sembuh dalam beberapa minggu setelah diet ini diamalkan, dan tahap antibodi badan akan menurun selama berbulan-bulan. Bagi mereka yang sudah menjalankan diet sebegini, beberapa makanan yang mengandung gluten mungkin perlu dihindari dalam satu kali makan dalam sehari selama 6 minggu sebelum mengulangi penyelidikan.[25]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads