Hospital Ampang

Hospital kerajaan di Selangor From Wikipedia, the free encyclopedia

Hospital Ampang
Remove ads

Hospital Ampang ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Di samping perkhidmatan kepakaran perubatan, Hospital Ampang turut memberikan perkhidmatan sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Fakta Segera Organisasi, Pembiayaan ...

Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (FPSK USIM) dan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) ada menjalankan latihan amali perubatan di hospital ini.

Remove ads

Sejarah

Pandemik COVID-19

Susulan keadaan pandemik COVID-19 di kawasan Selangor yang semakin meruncing, Hospital Ampang menjadi sebuah hospital khusus COVID-19 pada Jun 2021.[1] Menjelang Julai, terdapat laporan bahawa pengurusan pesakit kronik COVID-19 di hospital semakin genting dengan kemasukan pesakit kronik yang lebih kerap jaminan bekalan oksigen yang semakin terancam. Berikutan itu, kadar kematian COVID-19 di Hospital Ampang melonjak memuncak hingga belasan atau puluhan orang sehari.[2] Sementara itu, pihak kerajaan menjamin bahawa bekalan oksigen di hospital ini adalah terkawal,[3] dan segelintir pihak tampil memberi bantuan pemberian pemekat oksigen.[4] Di samping itu, pihak hospital giat menambahkan kapasiti dan prasarana hospital sebagai persediaan penerimaan para pesakit kronik.[5]

Remove ads

Alamat

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads