Hospital WP Labuan
hospital di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hospital Nukleus WP Labuan merupakan sebuah hospital yang terdapat di Labuan, Wilayah Persekutuan.
Hospital Nukleus Labuan mula dibina pada 10 Oktober 1991 dan mempunyai keluasan tapak bangunan seluas 31,969 meter persegi.
Hospital Nukleus Labuan mula beroperasi pada 10 Jun 1995 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 29 Ogos 1995 dengan mempunyai kapasiti 109 katil. Hospital Nukleus Labuan merupakan hospital dengan pakar iaitu Pakar Perubatan, Pakar Bedah Am, Pakar Bius, Pakar Oftalmologi, Pakar Otorinolaringologi (ENT), Pakar Patologi, Pakar Orthopedik, Pakar Pediatrik, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pakar Kecemasan & Trauma, Pakar Radiologi dan Pakar Psikiatrik[1]. Kesemua pakar menjalankan klinik di Klinik Pakar ( Klinik Pakar 1,2,3 dan 4 ) dan Disiplin lain.
Remove ads
Alamat
- Hospital Nukleus WP Labuan
- Peti Surat 81006
- 87020 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads