Disney+ Hotstar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Disney+ Hotstar
Remove ads

Disney+ Hotstar (dikenali hanya sebagai Hotstar[a]) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan India yang dimiliki oleh Disney Star yang juga merupakan anak syarikat kepada The Walt Disney Company.[2] Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney pada April 2020.[3] Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.[2]

Fakta Segera Kawasan yang dipasarkan, Presiden ...
Thumb
Logo pertama Hotstar dari 2015 sehingga 2020.

Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.[4]

Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iaitu, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Manakala, negara di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dunia Arab, dan Singapura pula hanya didatangkan dengan perkhidmatan penstriman Hotstar sahaja. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.[5]

Remove ads

Ketersediaan

Pada Ogos 2019, CEO Disney Bob Iger menyatakan bahawa akan ada perancangan untuk mengembangkan Hotstar ke Asia Tenggara.[6] Pada Ogos 2020, ia telah diumumkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Indonesia pada 5 September 2020, menandakan pengembangan pertama perkhidmatan yang disatukan di luar India.[7] Pada 19 Oktober 2020, Star India mengumumkan pelancaran Hotstar di Singapura, pada 1 November 2020.[8] Pada 25 Februari 2021, ia telah dilaporkan bahawa Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia dan Thailand pada 2021.[9] Perkhidmatan ini dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021,[10] dan dijadualkan akan dilancarkan di Thailand pada 30 Jun.[11]

Maklumat lanjut Tarikh keluaran, Negara/Wilayah ...
Maklumat lanjut Tarikh keluaran, Negara/Wilayah ...
Remove ads

Lihat juga

Nota

  1. di Kanada, Singapura dan United Kingdom
  2. Dahulu dikenali sebagai Hotstar dan dijenamakan semula sebagai Disney+ Hotstar pada 3 April 2020
  3. Kandungan di dalam Hotstar telah digabungkan ke platform penstriman ini pada 1 September 2021

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads