Vokal bundar belakang sempit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Vokal bundar belakang sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara u dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan u dalam X-SAMPA. Vokal ini dibahagikan lagi kepada dua, iaitu terjulur (endolabial) dan terketap (eksolabial).
Remove ads
Vokal terjulur belakang sempit
Dalam kebanyakan bahasa, vokal bundar belakang sempit disebut dengan menjulur bibir. Dalam bahasa Melayu, vokal julur belakang sempit dilambangkan oleh huruf u, contohnya: ubat, sumpah, itu.
Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah belakang, iaitu lidah terletak di belakang sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, lalu terdedah permukaan dalamannya.
Penggunaan
Remove ads
Vokal terketap belakang sempit
Sebilangan bahasa tertentu, seperti bahasa Jepun dengar (bantuan·maklumat) dan bahasa Sweden,[17] didapati vokal bundar belakang sempitnya berbeza sekali pembundarannya, iaitu terketap atau eksolabial. Tiada satu pun bahasa yang diketahui membezakan vokal ketap ini dengan vokal julur yang lebih kerap ditemui.
Walaupun tiadanya diakritik rasmi bagi ketapan dalam IPA, namun diakritik bibir terkembang [ ͍ ] digunakan bersama aksara vokal bundar [u] sebagai lambang ad hoc. Selain itu, juga diterima gabungan aksara [ɯ͡β̞] ([ɯ] dan pengetapan bibir serentak) dan [ɯβ] ([ɯ] yang diubahsuai dengan ketapan lidah).
Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah belakang, iaitu lidah terletak di depan sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebundaran vokalnya adalah terketap, iaitu tepi bibir dirapatkan dengan satu sama lain agar tidak terdedah permukaan dalamannya.
Penggunaan
Remove ads
Rujukan
Bibliografi
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads