Sengauan gusi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sengauan gusi ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, aksara n mewakili ketiga-tiga konsonan sengauan gigi, gusi, dan belakang gusi, begitu juga dengan n dalam X-SAMPA.

Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...

Bunyi sengauan gusi dilambangkan oleh huruf "n" dalam bahasa Melayu, contohnya: nama, cantik, makan.

Remove ads

Ciri-ciri

Ciri-ciri sengauan gusi:

  • Cara artikulasinya adalah hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal) menyentuh batas gusi.
  • Jenis pembunyiannya ialah bersuara, iaitu pita vokal bergetar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan sengauan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui hidung.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Remove ads

Penggunaan

Maklumat lanjut Bahasa, Perkataan ...
Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads