Husna Mustaffa
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sharifah Husna Syed Mustaffa (lahir 25 Jun 1987) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal dalam peragaan Muslimah dan terkenal dengan drama lakonannya seperti Cinta Tiada Ganti (2018) dan Dua Takdir Cinta (2020).[1]
Remove ads
Kerjaya
Sewaktu bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan, Husna Mustaffa memulakan kerjaya peragaan dengan menghadiri sesi fotografi iklan tudung Jelita Sara yang disiarkan di Astro. Biarpun sesi penggambaran mengambil masa yang lama, pengalaman berlakon dalam iklan tersebut sangat berharga buatnya. Husna kemudian terpilih sebagai model untuk butik pakaian dan tudung secara dalam talian.[2]
Kerjaya lakonannya bermula apabila penerbit dan pemilik Global Station, Zaitun Mohd Jiwa menawarkan peluang berlakon tanpa menghadiri uji bakat, namun terus diberikan skrip. Drama pertamanya bersama Global Station ialah Isteri Tuan Ihsan (2016). Bermula dari situlah beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.[3] Di bawah bimbingan pelakon senior Zul Huzaimy, Husna mengikuti kelas lakonan untuk untuk mempelajari asas seni lakonan. Beliau kemudian membintangi beberapa siri drama TV termasuk Cinta Tiada Ganti, Kan Kukejar Cinta Kamu, Kerana Dia Manusia Biasa dan Dua Takdir Cinta.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Husna dilahirkan di Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mazrul Effendy pada usia 22 tahun, sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Hasil perkahwinan mereka, Husna dikurniakan dua cahaya mata, Putera Adam Harith dan Puteri Adra Hana.[2] [4]
Filemografi
Drama
Telefilem
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads