IObit Malware Fighter
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
IObit Malware Fighter merupakan perisian antivirus dan anti-malware yang diperkenalkan pada tahun 2004 oleh syarikat IObit untuk sistem pengendalian Microsoft Windows. Atur cara ini direka khas untuk menghapuskan perisian hasad, termasuk Trojan, kit akar, dan perisian tebusan.
Rencana ini
ialah rencana yatim, kerana tiada rencana yang lain mempunyai pautan ke laman ini. (October 2017) |
Remove ads
Ringkasan
IObit Malware Fighter boleh didapati dengan versi percuma serta boleh dipasangkan bersama dengan perisian antivirus pengguna yang sudah sedia ada. Produk ini mempunyai perlindungan antivirus pada versi berbayarnya. Bermula dari versi 6 yang dikeluarkan pada tahun 2018, enjin anti-malware produk ini telah disertakan bersama dengan enjin antivirus Bitdefender dalam versi komersilnya.[3] Antara ciri baharu dalam keluarannya yang terkini adalah antaramuka pengguna yang ditambah baik, ciri "Peti Keselamatan" untuk melindungi folder tertentu daripada akses yang tidak dibenarkan, "Pengawal MBR" yang melindungi daripada serangan berbahaya seperti GoldenEye/Petya dan skrip perlombongan mata wang kripto.[4]
Remove ads
Pengeluaran versi
Pada tahun 2010, versi beta yang pertama untuk IObit Malware Fighter 1.0 telah dikeluarkan kepada umum.[5]
Pada tahun 2013, IObit Malware Fighter 2 telah dikeluarkan. Dalam versi ini, IObit telah memperkenalkan komponen "keselamatan cloud" buat julung kalinya. Komponen ini membolehkan pengguna memuat naik fail ke cloud untuk menentukan sama ada fail itu berbahaya atau tidak.[6] Pada tahun 2015, versi 3 yang disertakan bersama dengan enjin antivirus BitDefender dalam edisi komersilnya telah dikeluarkan.[7][8]
Pada tahun 2017, versi 5 telah dikeluarkan. Antara ciri baharunya adalah komponen pencegah perisian tebusan (anti-ransomware).[9] Versi 6 telah dikeluarkan pada bulan Mei, 2018.[2]
Pada tahun 2019, versi 7 telah dikeluarkan. Dalam versi ini, ciri Perlindungan Pelayaran dan Penghapusan Iklan yang baharu telah dibina semula untuk menyekat lebih banyak serangan perlombongan matawang kripto, iklan yang menjengkelkan, serta tapak sesawang yang berbahaya. Keserasian dengan permainan Steam juga telah dipertingkatkan dalam versi ini. Selain itu, versi ini juga menyokong penyesuaian tema dan saiz fon untuk pengalaman yang terbaik bagi pengguna.[10]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads